FOLLOWERS

Isnin, 2 Ogos 2010

Masjid Shah Alam.




Saya nak kongsi sikit cerita pasal cross stitch masjid Shah Alam ni.Inilah cross stitch pertama jahitan saya.Masa tu masih anak dara lagi.Kalau dulu ianya menjadi hiasan ruang tamu rumah saya tapi bila dah ada jahitan yang baru,suami alihkan di ruang makan.Walaupun cross stitch ni dah lama tapi suami saya suka sangat....kenapa yer????

Serba sedikit mengenai Masjid Sultan Salahuddin.

Masjid terbesar kedua di Asia Tenggara.
Kubah masjid yang terbesar di dunia.
Menara tertinggi kedua di dunia.
Berupaya memuatkan 24,000 jemaah dalam satu masa.
Struktur kubah menggunakan tiub aluminium ditutupi dengan 'Retvous Enamelled Steel Panel'.
Dijangka tidak memerlukan penyelenggaraan selama 200 tahun. Bernilai 18 juta.
Baginda Sultan sendiri yang memilih tapak masjid.
Baginda menghadiahkan 4 lampu chandelier bernilai lebih 2 juta dan sebuah jam antik berusia 600 tahun bernilai RM200 ribu dibeli di Hongkong.
Baginda Sultan menyumbang elaun Baginda selama 4 bulan kepada Masjid Negeri.
Struktur masjid adalah kombinasi seni rekabentuk tradisi Islam dan Asia Barat, India, Barat dan ciri-ciri binaan Melayu Asli.

diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Sultan_Salahuddin_Abdul_Aziz_Shah"
Kategori: Masjid di Selangor Tempat Pelancongan di Kuala Lumpur
Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

0 comments:

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute