FOLLOWERS

Isnin, 19 Mac 2012

KAU DITAKDIRKAN UNTUKKU

Kau Ditakdirkan Untukku antara koleksi novel saya. Sudah 2 kali saya ulang baca novel ni....best.Endingnya pun sweet sgt. Novel ini adalah hasil karya sulung Fauziah Bahari yang lebih di kenali dengan nama pena Gee Muszisya.Kepada peminat2 novel....jangan lepaskan peluang memiliki novel ini.Jom...kita berkongsi sinopsis novel Kau Ditakdirkan Untukku.



NOVEL-KAU DITAKDIRKAN UNTUKKU
PENGARANG-GEE MUSZISYA
TERBITAN-KARYA SENI
HALAMAN528

SINOPSIS-KAU DITAKDIRKAN UNTUKKU

Kenangan lama dalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi, namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah. Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu. Kelembutan dan kenakalan Anis sering mengusik hati Akmal. Sejak itu, hatinya mula terpaut. Wajah yang sentiasa dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan di hatinya.

Akmal Ikram berasa sangat teruja tatkala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah. Namun sebaliknya bagi Nuranis Fatihah yang berpegang pada prinsip perkahwinan yang terbina bukan atas dasar cinta tak akan membawa bahagia.Bak kata perpatah,terlajak perahu boleh diundur terlajak kata badan yang menanggungnya.Kerana tidak sampai hati untuk menghampakan harapan Datin Kamariah,tidak terluah kata penolakan dibibirnya.Bermula saat itu.Akmal Ikram mula berazam untuk menawan hati Nuranis Fatihah.

"Kenapa awak tak berterus terang aje? Tadi bukan main berani lagi nak berterus-terang sendiri. Sampai nangis-nangis," sindir Akmal tersengih nakal.

"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!" bidas Nuranis Fatihah geram.

Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Nuranis Fatihah terhadap Akmal Ikram. Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah disaat ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan. Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti? Mampukah Akmal memenangi hati gadis idamannya disaat dia bergelut dengan perasaannya sendiri?

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

2 comments:

Nyue berkata...

sinopsis cm best..huhu tp xde mse nak mbaca novel skang ni..

caglaBeycan berkata...

hi from Türkiye thank you so much for following:) i am your follower then:) by the way i like song which playing when i open your blog page.. maybe i listened 15 times... Who is its singer can u say? thanks:)

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute