FOLLOWERS

Khamis, 5 April 2012

Ayam masak merah


Ayam masak merah ni saya masak untuk makan tengahari tadi.Anak-anak saya kalau masak menu yang berasaskan ayam hari2 pun tak apa.Kebetulan hari ni saya masak nasi minyak ,jadi saya masaklah ayam masak merah ni sebagai lauknya.Rasanya ada manis2 sikit sebab mengunakan sos cili. Dalam resepi ni saya guna susu cair mengantikan santan.

Ayam masak merah.
  • Bahan-bahannya.
  • 1 kg ayam(potong kecil dan goreng)
  • 100gm bawang besar-kisar
  • 50gm bawang besar dihiris
  • 30 gm bawang putih
  • 30 gm halia
  • Sedikit kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang,buah pelaga
  • 2 batang serai-di titik
  • 200 gm cili kering (di rebus dan kisar)
  • 100 ml sos cili
  • 50 ml sos tomato 
  • 1/2 tin susu cair
  • Garam secukup rasa
Cara membuatnya:-
  1. Tumis bawang besar,bawang putih,halia,dan serai.
  2. Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih,bunga lawang, dan buah pelaga.Tumis sehingga naik bau
  3. Masukan cili kering dan bawang yang dikisar ,sos cili,sos tomato dan masak sampai pecah minyak.
  4. Masukkan ayam,bawang besar yang di hiris dan susu cair.Masak sampai kuah pekat sikit.
  5. Masukan garam secukup rasa
  6. Boleh dihidangkan dan dimakan bersama nasi minyak atau nasi beriani. 

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

9 comments:

dear anies berkata...

hntr la kt sini sy lom mkn lg

Unknown berkata...

terliur suda...hehe...
idea bijak ble gantikn santan kpd susu cair:)
nk try...

mamapp berkata...

mak aii lazatnye. nak sikit boleh??

ankeljonni berkata...

makan ngan nasi panas ni best,... hhuhu

Kasih Salina berkata...

saya suka juga mkn ayam masak merah bersama nasi tomato..guna susu cair pun ok gak tu..

Unknown berkata...

adeiiiii terliur weh....dh la blom lunch lg ni...

Rosa Forino berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rosa Forino berkata...

sorry!!! per il commento cancellato, la fretta mi fa fatto commettere un errore (il commento era destinato a altro blog) un saluto e a presto rosa.kreattiva

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute