FOLLOWERS

Selasa, 3 April 2012

Novel- Cucur Bawang & Kopi 'O'

Assalamualikum rakan2 di alam maya.
Hari ni kita cerita pasal novel lagi.Novel Cucur Bawang & Kopi 'O' antara koleksi novel saya.Jarang saya beli novel yang ditulis oleh novelis lelaki.Boleh tahan juga ceritanya.

Saya telah mencabar diri saya sendiri untuk menjadi seorang penulis yang boleh menghasilkan novel pelbagai genre.Dari cabaran itulah terhasilnya novel ini.Dari kisah seram dan mistik,kini saya muncul dengan novel cinta komedi romantik pertama saya bersama BUKU PRIMA.Kisah cinta tiga segi di antara Iskandar,Rudiana dan Khairulnizam sering berlaku di sekeliling kita.Namun insan-insan di sekeliling mereka telah mencetuskan konflik yang penuh suspens.
~Hasrudi Jawawi~

Novel-Cucur Bawang & Kopi 'O'
Penulis-Hasrudi Jawawi
Penerbit-Buku Prima
Halaman-709
Harga-25.90

Sinopsis novel Cucur Bawang & Kopi 'O'.

Siapa sangka cucur bawang telah mempertemukan mereka dalam satu 'sketsa perang'di tepi jalan.Dari insiden itu mereka bagai di jodohkan untuk bersua lagi.Kerana terdesak,Rudiana terpaksa berkahwin dengan Iskandar dalam rahsia atas dasar kerja semata-mata.Bila sudah duduk serumah,mulalah berputik satu perasaan aneh dalam hati mereka walaupun masing-masing keras kepala.Perkahwinan mereka hanya sekadar diatas kertas dan terus menjadi rahsia.Kemunculan Khairulnizam membuat Iskandar gelisah bila kawan baiknya itu tertarik hati dengan Rudiana.Mampukah Iskandar melihat isterinya menjadi kekasih kawan baiknya sendiri?

"esok ajelah,hari dah malam.Aku perlu kuat.Esok aku perlu luahkan padanya yang aku memang betul-betul cintakannya.Walaupun cinta aku di tolak,aku kecewa dengan bergaya.dan bukannya loser bak kata Fauzan pagi tadi.Kenapa isteriku perlu jadi kekasihmu Nizam?"~Iskandar.

andai bisa kau aku miliki,akan aku laksanakan kau bagai bulan.Akan ku nanti setiap hari.Akanku rindu setiap waktu.walaupun cahayamu terkadang kelam.Serimu tidak pernah berbalam.Andai kau laksana bulan,aku pula laksana mentari.saling berkongsi cahaya,mengindahkan siang dan menyerikan malam.Kau begitu indah di mataku.~Khairulnizam 

cinta,tidak pernah celik menilai manusia.Sesiapa pun boleh merasai cinta.Sesiapa pun layak jatuh cinta.Yang pandai menilai,hanyalah hati.Mata pun,boleh menjadi buta kerana cinta,seburuk mana pun dia di mata insan lain,dia tetap cantik di mata kita.itulah kuasa cinta~Rudiana.

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

12 comments:

Unknown berkata...

best kn ceta dia:) nana suka,1st time bca novel novelis lelaki,senyum gelak sorang2 nana baca:)

ciksukaberangan berkata...

bestnye ..sinopsis je da menarik!!! hehe. tapi $_____$ HAHA !

nur anis berkata...

saya suka novelis lelaki..sebab cerita dia selalu unik...nak pergi carik novel ni la..

Annie berkata...

suka gak baca novelbila ada masa lapang

Unknown berkata...

ingat tajuk buku resepi...hihi

Cik Kay Jue berkata...

wah.. ckj pula suka beli novel2 yang jenis macam ni kalau penulisnya lelaki.. ada kelainan rasanya bila membacanya..

wah.. sinopsis nya best.. mesti ceritanya best juga... tajuk pun da unik.. hehe..

fieda berkata...

akak minat baca novel ye..

MAY berkata...

dah lama tak mentelaah novel2 ni...hehe

HIKMAH ZAKARIA berkata...

saya pun tengah baca jugak buku ini =)

Hunny Kitty berkata...

tunggu dramanya keluar bulan oktober atau november nih

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute