FOLLOWERS

Isnin, 22 Oktober 2012

JAUH DARI CINTA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

JAUH DARI CINTA adalah novel hasil karya Adah Hamidah atau nama sebenarnya Hamidah Amir.'Menulis dari hati!' itulah prisip yang di pegang oleh penulis ini.
Novel yang berbeza dari novel-novel penerbitan karyaseni sebelum ini. Kisah sedih yang dipaparkan dalam novel ini bisa mengusik perasaan pembaca.Novel JAUH DARI CINTA ini menduduki NO 1 Carta Bestseller di POPULAR. Rujukan Akhbar Harian METRO dan BERITA HARIAN 30 september 2011

Semakin jauh aku berlari,semakin cinta itu menjauh diri.
Lantas tidak lagi kumengejar,kerana kau hanya bahagia apabila ku berhenti....

Tajuk : Jauh Dari Cinta
Penulis : Adah Hamidah
Penerbit : KaryaSeni
Semenanjung : RM21
Sabah / Sarawak : RM24
Halaman:636

NYSA SAKINAH. Cintanya pernah ditolak oleh abang angkatnya, Farish Aqil. Namun Farish Aqil kembali menagih kasih, lalu dengan rela dia menerima. Satu penemuan membuatkan dia kembali sedar, siapa dirinya. Lantas dia terikat dalam perkahwinan yang menjerat.

"Duduk berkurung dalam bilik ni kenapa? Makan tak... minum tak, nak sangat jatuh sakit ke? Nysa ingat kalau kurung diri macam ni dapat selesaikan masalah?"

"Masalah dah lama selesai kalau Abang Aqil tak datang masa majlis pernikahan kita dulu."

"Oh... jadi Nysa nak salahkan abanglah ni? Kalau abang tak boleh jatuh cinta dengan Nysa, kenapa Nysa nak salahkan abang pula? Kalau Nysa dah tahu yang abang tak pernah cintakan Nysa, buatlah sesuatu supaya abang boleh jatuh hati pada Nysa, jangan duduk berpeluk tubuh dalam bilik macam ni aje!"

Namun Nysa Sakinah, tidak terdaya dia melakukan semua itu. Lantas dia bertindak menjejaki wanita yang selama ini dicintai oleh suaminya. Kembali memulangkan bahagia buat suaminya.

FARISH AQIL. Hati lelakinya dicabar, lantas dia terpaksa memulakan semua sedangkan hanya Lily dihatinya. Takkan ada wanita lain.

"Tolong kekal jadi adik abang sampai bila-bila. Abang betul-betul selesa dengan keadaan macam ni."

"Abang Aqil boleh anggap yang permintaan Abang Aqil tu dah tertunai sepenuhnya sebab memang Nysa hanya akan kekal sebagai adik Abang Aqil sepanjang hayat Nysa. Semua dah cukup jelas."

Bagi Nysa Sakinah, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi! Maka, kerana dia seorang isteri, pengorbanan adalah hadiah teristimewa buat seorang suami!

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

3 comments:

Kakzakie Purvit berkata...

Macam kesian pulak kalaulah Nysa berjaya satukan suaminya dan bekas kekasihnya... apa kesudahan kena baca ye Norzie hihi...

Macam best juga nie.

Cikrosecute berkata...

seronoknya kisah buku nie...mesti seronok bacanya..

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Norzie...bc sipnosis cam best jer:D

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute