FOLLOWERS

Khamis, 18 Oktober 2012

KAMPUNG GiRL

Assalamualaikum semua.
Hari ni sis nak update pasal novel lagi.Kesian kat blog ni,jarang sangat sis dapat update selalu....bukan tak ada novel utk di review.Sebenarnya banyak lagi stock novel yang belum sempat sis baca...mau tak banyak setiap bulan memang sis belanjakan rm100 untuk beli novel.Habiskan duit untuk beli apa yang kita suka,apa salahnya kan2.
KAMPUNG GiRL adalah novel sulung hasil karya Umi Kalsom atau nama sebenarnya Kalsom binti Rahmathullah.Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller di POPULAR - Rujukan Akhbar Berita Harian 24 Februari 2012
Kepada peminat novel yang belum lagi memiliki novel ini,dapatkan segera di pasaran...best sgt jalan cerita ni dan endingnya sweet sekali.

Dalam banyak perempuan dalam Malaysia ini,kenapa budak kampung itu juga yang jadi pilihan hati mummy

Judul : Kampung Girl
Penulis : Umi Kalsom
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24
Halaman:546

PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.

“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.

“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.

Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.

Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.

“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” - Ashraf Khairi.

Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.

Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. 
Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.


“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.

Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.

“And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

3 comments:

Kakzakie Purvit berkata...

Suspense pulak bila dah baca tak ada kesudahannya. Entah bilalah kakak dapat cari buku ini. Dah semakin kurang membaca kakak sekarang nie

misz uzmy berkata...

cam best je.. nak cari buku ni laa... Heee

Tie HT berkata...

as salam,

title dia pun dah menarik..rasa mcm nak beli :)

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute