FOLLOWERS

Selasa, 19 Mac 2013

Sinopsis-Pengantin Ekspres

Rayyan Aleeya,cintaku padamu tetap mekar sampai ke pintu syurga...
Tajuk:Pengantin Ekspres
Penulis:Pitteriah Abdullah
Terbitan:Buku Prima
Halaman:515
Harga Sem Malaysia:RM 19.90
Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan. Lalu dia mencari calon isteri yang berpendidikan agama yang boleh membimbingnya untuk mengenali ALLAH.
Aleeya bukan calang-calang orang, seorang yang teliti dan pemilih dalam hal-hal bakal suami. Apabila berjumpa dengan Rayyan, daripada perasaan benci sudah bertukar menjadi sayang. Apa salahnya dia beralah atas dasar cinta dan kasih sayang. Walaupun digelar pengantin ekspres dan dituduh sudah terlanjur, Aleeya tidak peduli lagi kerana dia sudah nekad.
Namun bukan senang untuk Rayyan berubah apatah lagi mamanya, Puan Sarah tidak merestui perkahwinannya. Dia mahu isteri Rayyan hidup sosial dan bebas seperti kehidupan mereka sekeluarga. Bagaimana Rayyan menghadapi mamanya yang garang itu? Kenapa Aleeya tetap bersabar dengan perangai suaminya yang punya ego setinggi Gunung Himalaya itu?

Aku kenal dia pun tak, dia lagilah tak kenal aku, tiba-tiba aje ajak aku kahwin. Mentang-mentanglah aku baru putus tunang dan tak jadi kahwin, dia ingat aku ni apa? - Aleeya

Bertuah kahwin dengan anak pak alim ni. Marah pun suara lembut aje. Tak berani nak tinggikan suara dengan suami sebab berdosa. Kalau perempuan lain, mesti dah jadi singa sebab melihat suami berkepit dengan perempuan lain. He...he...he... - Rayyan

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

Jumaat, 15 Mac 2013

Sinopsis:Meh,Sandar Pada Aku!

Meh,Sandar Pada Aku!
Aku perlukan kau,sebagaimana kau perlukan aku.
Tapi kenapa kita tak sedar semua itu?

Tajuk: Meh, Sandar Pada Aku!
Penulis: Aifa Batrisya
Penerbit : Karyaseni
Halaman:581
Harga Sem.Malaysia:RM22.00
Sabah dan Sarawak:RM25.00 

Kata orang,tak kenal...maka tak cinta.Tapi kalau dah kenal,asyik nak menyakitkan hati sahaja...buat apa?-Afnan Tasneem

Dia, gadis yang ceria, jujur cuma kadangkala lurus bendul tak bertempat. Kehadirannya di institusi penyelidikan itu hanya sekadar memenuhi syarat kredit yang diperlukan untuk menyempurnakan pengajian peringkat ijazah pertamanya. Sangkanya, praktikal hanya sekadar bekerja sambil menimba pengalaman awal sebelum tempoh alam pekerjaan yang sebenar. Rupa-rupanya tidak.
Berdepan dengan spesies lelaki terancam yang macam bagus seperti penyelianya itu membuatkan hatinya sentiasa berasa panas. Buat itu tak kena, buat ini tak kena. Langsung tak ada gaya sedang menjalani praktikal. Asyik kena buli, adalah! Lelaki itu cuma pandai bagi arahan, tapi tunjuk ajar memang tak pernah ada. Matanya pula langsung tak beralih dari skrin komputer setiap kali berkata-kata. Macam bagus sangat!
“Kau letak otak kau kat mana ha? Kat lutut?”
“Kenapa Doktor Syed tanya saya macam tu?”
“Sebab kau buat kerja tak guna otak. Tapi guna lutut!”
Dalam marah, dalam herdik… tanpa sedar nama gadis itu sudah mula ada ruang dalam hati dan akal seorang lelaki bernama Syed Nadzhan yang selama ini dunianya kosong untuk kaum perempuan. Kehadiran Adam Naufal, anak didiknya yang selalu menjadi penyelamat gadis itu dengan senyuman dan bicara tenangnya membuatkan hati Syed Nadzhan yang mula terisi, rasa tergugat.
“Aku apa?”
“Tak ada apa-apa, Doktor Syed...”
“Aku tanya sekali lagi. Aku apa?”
“Errr… Doktor Syed kan handsome! Tentulah Doktor Syed tak suka perempuan macam saya yang biasa-biasa ni. Betul tak?”
Tapi rasa itu terhenti apabila mereka akhirnya ditakdirkan untuk duduk serumah.
Apakah pengakhiran kisah Afnan Tasneem? Berjayakah dia mengharungi tempoh praktikal di bawah seliaan lelaki itu dengan jayanya? Apakah hubungan sebenar di antara mereka berdua hingga memungkinkan mereka duduk bersama?


Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute