FOLLOWERS

Isnin, 20 Februari 2012

Kuih Lapis Seri Wangi

Resepi ni saya dapat dari kawan Fb DayangJack.Inilah hasilnya.....memang sedap untuk dijadikan sarapan pagi atau minum petang.Resepi dayang tambah 2 sb tepung jagung ,tapi saya tak isi pun sbb stock tepung jagung dah habis.Apapun terima kasih dayang kerana berkongsi resepi di fb.

Kuih Lapis Seri Wangi
resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
Bahan-bahan (loyang 8 inci)

Bahan A2 cwn tepung beras
1 cwn tepung gandum

2 sudu besar tepung jagung
1 sk garam
2 cwn santan pekat

Bahan B1 1/4 cwn gula pasir
1 cwn santan pekat
2 cwn santan cair
2 helai daun pandan-di simpul
Bahan C
3 sb rata serbuk koko*
4 sb air suam utk bancuh koko*(di gaul rata, saya guna 1 sb coklat emulco je)
pewarna hijau, perisa pandan


Cara-cara.

1-Masak bahan B hingga gula larut, biarkan suam sedikit.
2-Sementara itu satukan kesemua bahan A di dlm mangkuk dan gaul rata, ketepikan dulu.
3-Masukkan bahan B kedlm bahan A dan gaul rata, kemudian tapiskan.
4-Bahagikan pada 2 bahagian.Satu bahagian letak pewarna hijau/perisa pandan dan satu lagi letak bancuhan koko/coklat emulco.
5-Panaskan pengukus dan balut penutupnya dngn kain.
6-Sementara itu sapukan minyak di keliling loyang dan alas dngn plastik di dasarnya.
7-Apabila air dah mendidih,letak loyang tadi dan panaskan sebentar. 

8-Masukkan adunan koko 1 cwn dan kukus selama 5 minit.
9-Setelah itu lapis pula adunan hijau selama 5 minit juga dan seterusnya sehingga habis adunan.
10-Lapisan akhir sekali kukus selama 20 minit. Bila dah siap, angkat dan sejukkan.


Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

3 comments:

ZWAN SABRI berkata...

nampak menyelerakan.. zwan dh lama x makan kuih lapis.. tetiba terasa lapaq kuih lapis plak.. HUHU

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute