FOLLOWERS

Rabu, 7 Mac 2012

CINTA KONTRAK- NURUL AIN SYUHADA

Saya telah pun baca novel Cinta Kontrak hasil karya penulis remaja yang sangat berbakat.Nurul Ain Syuhada ketika menulis novel ini beliau baru berusia 18 tahun.Apapun saya nak ucapkan syabas untuk Ain syuhada kerana telah berjaya melahirkan novel sulong beliau dengan baik sekali.Watak Airysha digambarkan sebagai seorang muslimah brutal.Saya ketawa dan senyum sorang2 masa baca novel ni(kelakar jalan ceritanya).Terselit juga babak sedih ketika ibubapa Airysha meninggal dunia.Saya pasti ramai yang dah baca novel.



CINTA KONTRAK
PENULIS-NURUL AIN SYUHADA
TERBITAN-KARYA SENI
HALAMAN-596

SINOPSIS NOVEL CINTA KONTRAK.
"Oi cicak kobeng! Ayat aku tu! Yang kau sibuk-sibuk ciplak buat harta sendiri pulak apahal? Ayat aku tu milik aku secara rasmi tau tak!” Aku semburkan ayat-ayatku dihadapan wajahnya.
Nur Alia Airysha, seorang gadis yang datang dari kampung ke Kuala Lumpur dengan niat untuk mengumpul duit demi keluarga dan membiayai kos pembelajarannya. Dengan bantuan sahabat Alongnya, Kak Yati, Airysha bekerja di sebuah butik terkemuka yang dimiliki oleh Datin Aleeya.
Muhammad Danial Franz, seorang pemuda kacukan Perancis yang berkelulusan dari luar negara kembali ke Malaysia dan bekerja di bawah daddynya, Dato’ Eddy disebuah syarikat besar.
Takdir menemukan Airysha yang brutal dengan Danial yang ego di butik mommy Danial, Datin Aleeya! Danial cuba mendapatkan Airysha tanpa merendahkan egonya. Danial membawa Airysha untuk bertemu orang tuanya untuk dikahwinkan. Tetapi perkahwinan ini bersyarat! Kontrak yang direka Danial dipandang remeh oleh Airysha.


Disaat akad nikah hampir tiba, Airysha menyusun strategi untuk lari!, Airysha mengambil keputusan untuk membatalkan kontrak tersebut. Lantas sekeping kertas yang tertera kontraknya, dibuang. Apa yang bakal terjadi seterusnya? Adakah perkahwinan masih diteruskan? Bagaimana kehidupan Airysha selepas ini? Adakah masih terkurung disangkar yang disaluti emas? Bahagiakah dia? Bagaimana pula penerimaan Danial terhadap perangai brutal Airysha? Bila senduk bertemu kuali, bila api bertemu sumbu bom, apa yang akan terjadi?
“Kontrak! Kontrak! Kontrak! Tu je yang kau tau nak sebut? Yela! Yela! Aku yang buang. Aku tak puas hati dengan syarat-syarat dia. Ada ke aku sebagai seorang perempuan, kena tido atas sofa? Kau ni manusia takde hati, takde perut!” selorohku. Dalam masa yang sama, aku cuba melepaskan diri daripada rangkulannya. Danial mendengus perlahan.
Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

8 comments:

CiK FizA berkata...

best citer nie~
dah baca ! hee. :DD

nazrul berkata...

Betul sis...saya pun dah baca novel ni.best giler.

khai berkata...

Cinta kontrak...mcm best aje.

nancy anisa berkata...

bila bace jeh entry nih,ok..bace sampai habes..rugi pulak..tadi baru je balik dr kedai buku..huhu..takpe,esok nak gi terjah sat..thanks sbb sudi kongsi..suke baca novel..

Luli berkata...

Thanks for visiting!

tatesal berkata...

Çok güzel yemek..Türkiyeden Malezyaya selam...

azie azian berkata...

best..serius,mmg best...bdak U gila cite nie...

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute