FOLLOWERS

Ahad, 25 Mac 2012

Tapai pulut.

Tapai pulut ni memang favourite saya.Kalau kat tempat tinggal saya,tapai dijadikan sebagai hidangan sampingan/pencuci mulut di majlis perkahwinan. Bila saya makan tapai,pastinya teringat jiran sebelah rumah mak di kampung.Time raya mesti tak tinggal buat tapai ni.Dia memang tahu saya hantu tapai....pagi2 raya mesti dia hulur sepinggan tapai pulut khas untuk saya.Teringin nak buat tapai sendiri....jumpa juga resepi tapai pulut ni di My resepi.Hasilnya memang sedap dan manis sgt2.lepas ni nak makan tapai tak payah tunggu org kahwin atau time raya.


Sumber dari My resepi.


Tapai pulut

1 kg beras pulut
1/2 biji ragi- ditumbuk halus
daun pisang @ daun getah @ daun keladi kalau tak ada bekas plastik pun boleh

Cara-cara
tanak pulut. untuk tanak pulut supaya tak lembek ialah sukat dulu pulut dengan cawan dan kira bilangannya jika 5 cawan pulut maka air juga mesti 5 cawan
apabila dah masak masukkan pulut dalam dulang dan rata2kan
tunggu sejuk dahulu, barulah ayakkan ragi diserata permukaan pulut tadi, kemudian terbalikkan pulut dan ayakkan ragi dipermukaan yang belum kena,
setelah semua bahagian kena ragi, bungkuslah dengan daun pisang, peram 2 hari

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

5 comments:

dear anies berkata...

sy suka jg esp kalu msk kn dlm peti ais mkn sejuk2 gitu

ankeljonni berkata...

huhuhu... feveret tu.... tapai ubi pun feveret gak...

Cho Zila berkata...

hmmmm sedaptu.. nak sikit....

Kasih Salina berkata...

sedapnya..sy pun suka mkn tapai pulut ni..

Isabel berkata...

Encantada de conocerte! pleased to meet you! ;)

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute