FOLLOWERS

Sabtu, 28 April 2012

DOKTOR cinta

Novel DOKTOR cinta terbitan kaki novel hasil karya Farah Adila Johari atau lebih dikenali dengan nama penanya Dyadila.Saya rasa ramai peminat2 novel yang telah baca novel ni sebab novel ni dipasarkan pada tahun lepas lagi cuma saya yang agak ketinggal.Sebenarnya novel ni saya beli bulan lepas tapi baru aje baca pada hari ini...biasalah saya memang suka buat stock novel.Kalau saya tahu macam ni punya best la novel Doktor Cinta ni memang lepas beli terus aje baca.Watak Mazliana memang hidup dan best sgt2.
Watak Mazliana Haji Nordin dalam novel ni buat saya ketawa mengekek2 sampai hubby pun hairan tengok saya.Jangan nak buat heran sangatlah...biasalah penghayatan tu penting.
Maz juga buat saya mengalirkan air mata,memang sungguh sedih ketika kedua ibu bapanya meninggal dunia.Rasanya inilah pertama kali saya baca novel sampai nangis2 huhuhu(emo betul).
Kepada peminat2 novel yang belum lagi baca novel ni....belilah memang tak rugi,best sangat2.Saya nak ucapkan tahniah dan syabas kepada penulis muda yang sangat berbakat siapa lagi kalau bukan Dyadila.

Kerana aku Doktor Cinta,membuat dia tergoda.
Kerana aku pakar cinta,aku hilang kata-kata....


Judul-DOKTOR cinta
Pengarang-Dyadila
Terbitan-Kaki novel
Halaman-833
Harga Sem-Rm26.00
Sabah/Sarawak-Rm29.00

Sinopsis novel-DOKTOR cinta

Mazliana Haji Nordin gadis yang hidup dengan 3s iaitu simple,sempoi,sederhana yang sentiasa diamalkan dalam hidupnya.Namun kehidupannya berubah apabila terperangkap dalam lakonan sebagai tunang kepada mamat ego yang bongkak iaitu Tengku Iskandar Tengku Mazlan.Sejak menjadi tunan olok-olok Tengku Iskandar atau bos besar,hidupnya bertukar tiga ratus enam puluh darjah.Dari 3s kepada 3p iaiti pening,pelik dan porak peranda...

Mazliana:Gila ke aku jatuh cinta pada bos besar?Ingat dia hensem sangat ke aku nak jatuh cinta?

Tengku Iskandar:Cinta pertama aku hanya pada Julia Hana dan selamanya pada dia.Tapi Mazliana?Budak kelibut tu macam mana?

Zikri Alif:Kecewa tak sesakit menyintai seseorang dalam diam.Senyap adalah jawapan terbaik.

Julia Hana:Cinta memang pelik tapi cinta juga kadangkala buat aku terpaksa.

Syamin a.k.a Mimi the over:Eiii...tengok orang lain putus cinta,sekali dendan aku jangkit takut bercinta.

Cinta itu menyakitkan tapi cinta juga membahagiakan.Kalau yang mencantikkan lukisan adalah warna,yang mengindahkan kehidupan adalah cinta.Siapa Doktor Cinta?Kenapa hati ini tak henti berkata-kata yang cinta itu hanya untuknya?


Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

8 comments:

Kasih Salina berkata...

cantik cover buku ni..hantu novel betol la akak ni kan..xpe..janji hati happy..

ogyep yummy mellow berkata...

Salam kenal... very informative blog u have here

eita berkata...

sinopsis macam best je lah...

Ann Ishak berkata...

wah...menarik sungguh sinopsisnya, haruslah saya pegi cari hari ni...hope adalah dekat pesta buku nanti

izan mama mia berkata...

sinopsis cam best jer..saya mmg peminat novel keluaran 'kaki novel'...kn cari ni..

IntaNBerliaN berkata...

baca sinopsis mcm sgt2 best.// tp bila tgk jumlah mukasurat.. huhu.. xsanggup nak baca.. entah brp thn lah agaknya sy ambik ms br hbs baca.. hihi

pelangi sepi berkata...

macam best je citer ni

Tihara berkata...

cover dia pun menarik ni :)

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute