FOLLOWERS

Rabu, 25 April 2012

Sebenarnya,SAYA ISTERI DIA!

Sebenarnya,SAYA ISTERI DIA! karya Zura Asyfar adalah novel terbaru dan memang tengah laris di pasaran.Novel  ini menduduki no 1 Carta Bestseller di MPH- Sedutan Akhbar Berita Harian .Saya dah habis baca novel yang setebal 897 m/s.Penuh adegan romantik dan endingnya sweet sekali.
Jom kita layan sinopsis novel ini.


Judul : Sebenarnya, SAYA ISTERI DIA!
Penulis : Zura Asyfar
Penerbit : KaryaSeni
Halaman-897
Semenanjung : RM30
Sabah/Sarawak : RM33

Sinopsis novel-Sebenarnya,SAYA ISTERI DIA!

Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?


Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

6 comments:

Izan Ishak berkata...

dah lama betul saya tak layan novel2 ni kak...

IntaNBerliaN berkata...

sinopsis mcm best... tp sy xsk bc novel.. cpt tertido..hihii

Unknown berkata...

tajuk Saya Sebenarnya Suami Dia xade ker..ehehe:)

zura asyfar addy rifqhiey berkata...

thanks sudi memiliki SSiD n thanks again review my nvel <3<3<3

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute