Sebenarnya,SAYA ISTERI DIA! karya Zura Asyfar adalah novel terbaru dan memang tengah laris di pasaran.Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller di MPH- Sedutan Akhbar Berita Harian .Saya dah habis baca novel yang setebal 897 m/s.Penuh adegan romantik dan endingnya sweet sekali.
Jom kita layan sinopsis novel ini.
Judul : Sebenarnya, SAYA ISTERI DIA!
Penulis : Zura Asyfar
Penerbit :
KaryaSeni
Halaman-897
Semenanjung : RM30
Sabah/Sarawak : RM33
Sinopsis novel-Sebenarnya,SAYA ISTERI DIA!
Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji
untuk
hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta
yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah
jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu
peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka
berdua.
"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku
selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.
"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.
Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa.
Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan
rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang
terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf
adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja
demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.
"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.
"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.
Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

6 comments:
kena cari kt PWTC ni nnt!
nak beli jugak la
dah lama betul saya tak layan novel2 ni kak...
sinopsis mcm best... tp sy xsk bc novel.. cpt tertido..hihii
tajuk Saya Sebenarnya Suami Dia xade ker..ehehe:)
thanks sudi memiliki SSiD n thanks again review my nvel <3<3<3
Catat Ulasan