FOLLOWERS

Jumaat, 6 April 2012

Karipap rangup

Inti karipap (kentang + ayam)

Karipap yang dah siap kelim


Dah lama tak makan karipap buatan sendiri.Saya rasa ramai yang suka makan karipap ni tak kira tua atau muda.Selalunya saya beli aje,6 biji dah cukup untuk kami bertiga.Kebetulan pulak hari ni cuti sekolah,saya merajinkan diri menggentel karipap ni.Biar anak bujang saya ulang2 makan sampai puas.Dia sorang aje yang ada kat rumah,yang lain semua dok kat asrama.Anak saya kata karipap ni sedap....saya tau la sebab ada isi ayam dalam intinya.Okay...jemput makan karipap sambil layan novel Adam dan Hawa. 

Karipap Rangup.

Bahan-bahannya.

(Kulit karipap)
4 cawan tepung gandum 
2 sb marjerin
1/2 cawan minyak
3/4 cawan air
sedikit air garam

Intinya
5 biji ubi kentang-potong dadu
Sedikit isi ayam- cincang halus
2 biji bawang besar
3 sudu serbuk kari daging
Daun kari/daun saderi-potong halus
1/2 cawan air
Garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:-
1) Untuk buat doh-panaskan minyak bersama marjerin.Biar suam sedikit.
2) Masukkan minyak tadi ke dalam tepung dan sedikit air garam,gaul hingga sebati.
3)Masukan air dan uli sehingga menjadi doh.
4)Untuk inti-panaskan sedikit minyak,masukan bawang dan serbuk kari.
5)Bila rempah telah garing sedikit masukan ayam dan kentang. 
6)Masukkan sedikit air dan masak hingga kentang lembut dan kering.masukkan  garam dan gula secukup rasa.
7)Masukkan daun kari atau daun saderi.
8)Bila dah siap bolehlah buat karipap ni.
9) Akhir sekali goreng dalam minyak penuh.

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

8 comments:

ankeljonni berkata...

huiyyooo... comel2 ah ...

elehhhhh... aku pun reti ah nak kelepet2 tepi karipap tu...
kehkehkeh...

Annie berkata...

sedapnya karipap...nak satu,,

Asma Ul Huda berkata...

macam mana nak buat karipap tu gemuk comel molek je? Huda buat , masuk je kuali terus pecah :(

Liza Razak berkata...

thanks for sharing..saya pon suka mkn karipap.lps ni boleh la buat sendiri :)

Cik Kay Jue berkata...

kalau sticker tu saya buat bujur boleh tak? reply di email ea.. :)

Tie HT berkata...

sedap nye currypap..ngade2 kan ejaan ni :)
kembung2 je..nice :)

MAY berkata...

suke karipap..;) buat kan utk CM.hehe

AnneRaini berkata...

dah lama tak makan karipap buat sendiri....

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute