FOLLOWERS

Khamis, 12 April 2012

SUAMI YANG KU BENCI


Novel Suami yang kubenci.... menduduki no 2 carta bestseller di POPULAR dan menduduki no 4 carta Bestseller di MPH.
Apa yang lebih menarik novel ini mendapat perhatian rancangan nasi lemak kopi o, tv9 dalam segmen SINOPSIS.
 
Best sungguh...tersenyum dan gelak sorang2 semasa baca novel ni....Tahniah untuk penulis Suami yang ku benci...dari perasaan benci dan akhirnya menjadi sayang.Watak mak cik Sarimah(mak Uwais)memang terrrbaek.Seronok dapat mak mentua macam ni....sporting.Memang tak rugi beli...kepada peminat novel jangan lepaskan peluang membaca novel ni.
 

Tajuk : Suami Yang Kubenci
Penulis : E-Man Sufi
Terbitan : KaryaSeni
Halaman:544
Semenanjung : RM20
Sabah / Sarawak : RM23

SINOPSIS

Perkahwinan antara dia dan Uwais Ukasyah bagaikan duri yang mencucuk tangkai hatinya.Dia bencikan lelaki itu kerana baginya seorang penjual burger tidak layak untuk memilikinya sebagai seorang isteri. Kalaulah bekas tunangnya Tengku Muiz tidak menconteng arang pada maruah keluarganya. Pasti perkahwinan ini tidak akan terjadi. Ditelan juga rasa pahitnya pernikahan itu

Hannah Maryam, Nama secantik wajahnya. Namun sayangnya..cantik itu hanya pada wajah bukan pada hati!. Kebencian isterinya itu hanya disanggah dengan kesabaran. Dia sedar dia bukan putera raja mahupun jutawan ternama. Uwais Ukasyah berpegang pada kata hati..satu hari nanti dia akan pastikan dia bukan lagi suami yang dibenci. Penjual burger juga layak untuk dicintai!

Mampukah rumahtangga Hannah Maryam dan Uwais Ukasyah bertahan tanpa permulaan yang begitu indah? Kehadiran Fawaz pula menambahkan lagi kekeruhan rumahtangga yang berantakan.. lakonan demi lakonan dimainkan. Kemana hala tuju pernikahan mereka? Atau mungkinkah perceraian adalah jalan penyelesaiannya.

"Terima Uwais? Kau buat lawak ke apa ni? Malaslah aku nak cakap pasal dia…." Bila nama Uwais disebut, dia mula rasa kurang senang. Dia masih tidak boleh lupakan pergaduhan beberapa hari yang lalu. Pasal burger pun nak marah orang, macamlah sedap sangat burger dia tu!

Lawak apa pulak, kan elok kalau kau mula berfikir pasal masa depan kau dengan dia? Korang kan dah jadi suami isteri...."

"Masa depan? Aku ada masa depan ke dengan lelaki macam tu? Kerja pun jual burger... masa depan apa yang dia boleh bagi kat aku, Maira?"

"Astaghfirullah.... Mengucap Hannah, tak baik kau cakap macam tu…!"
"Kau nak aku cakap macam mana lagi, Maira? Kau nak aku bersyukur dapat suami macam tu? Kau faham tak yang aku tak boleh terima cara hidup dia tu? Dia tu low class, kau tahu tak?"

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

11 comments:

Be Simple Beb(BSB) - threeQ berkata...

BSB suka citer macam nie..tapi bila start jer nak baca mula lerrr gantuk nak tidur..

Acik Erna berkata...

menarik cerita ni..acik dari muda sampai dah berumur masih lagi minat baca novel.

KhaiRin : anies berkata...

nmpk cm best tp kenapa tajuk dia nmpk cm negatif ya?

Ros berkata...

Assalamualaikum Norzie,

Kak Ros sependapat ngan Anies....nampak macam best tapi pasai pa tajuk dia lagu tu he.he.he....

mamawana berkata...

Tajuk cam tak sedap di dengar tapi isi kandungan mungkin best kut... nanti nak cuba cari..ins'allah

Kamsiah berkata...

dah baca dah...mmg best sbb happy ending...

Ummi Iman berkata...

macam best je.. jual burger kalau usaha lebih lagi boleh jd mcm ramlee burger ;)

Ann Ishak berkata...

menarik nih...harus cari jugak

mcyah_vespa berkata...

nice blog...already follow u..follow me back dear :)

http://mcyahvespa.blogspot.com/

QA's ~ mamapapa berkata...

yummmeyhhhh!!!!sedapnyerrrrr:))jmput follow sy kmbali :)

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute