Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua blogger yang lama dan baru.Terima kasih kerana sudi singgah di blog sis yang sudah beberapa hari tak update ni.Memang agak sibuk sekarang ni sampai tak sempat nak baca novel.Tak mahu bebel banyak2...Mari kita layan novel Akulah Cinderella.
Akulah Cinderella adalah hasil karya pertama Nozi Danisya atau nama sebenarnya Nor Zilawati Binti Ismail.Saya dah habis baca novel ni...memang best dan tak rugi beli.Tahniah untuk penulisnya Nozi Danisya.
Jom terus ke sinopsis novel Akulah Cinderella.
Bila benci bertukar cinta,hati bak waja pasti luluh dek hangatnya api asmara.
Judul-Akulah Cinderella
Penulis -Nozi Danisya
Terbitan-Kaki Novel
Halaman-376
Harga Sem -Rm 18
Sabah/sarawak Rm 21
Sinopsis -Akulah Cinderella.
Nur Aisyah yang biasa dipanggil Syah adalah seorang gadis manis yang cekal menggalas tugas kedua orang tuanya yang telah pergi buat selama-lamanya.Seorang yang tegas,bertanggungjawab dan sangat melindungi lima orang adik-adiknya.Ketiadaan ibu dan ayah memaksa dia membulat tekad berhenti sekolah untuk berkerja dan menukar imej menjadi seorang tomboi demi tidak menjadi mangsa buli lagi.
Takdir telah menentukan Syah bertemu dengan Shafiq,seorang lelaki yang panas baran dan bermulut celupar yang dilabel sebagai musuh utamanya.Bencinya terhadap lelaki itu melangit tinggi sehingga dia telah mengisytiharkan perang terhadap lelaki itu.Pertengkaran demi pertengkaran tercetus diantara Syah dan Shafiq dek kerana ego masing-masing.
"Oi mangkuk ayun!Kau ni apa hal?Nak cari gaduh ke?"
"Oi pendek!Kalau aku gaduh dengan kau pun tak seronok tahu?Lembik!"
Secara kebetulan Syah juga telah menyelamatkan nyawa Datin zulaikha,seorang wanita kaya yang baik hati dan juga ibu kepada Shafiq.
Kesengsaraan hidup syah telah menyentuh hati Datin Zulaikha dan cuba membalas budi baik gadis itu dengan mengambil Syah dan adik-adiknya sebagai anak angkat tanpa pengetahuan lelaki itu.
Bagaimanakah reaksi Shafiq?
"Apa ni?Nak cari gaduh ke?"
"Apa dia?Aku buat apa?"
"Kau luku kepala aku kenapa?"
Bolehkah mereka berdamai?Bolehkah Shafiq menerima Syah dan adik-adiknya?Adakah Syah selamanya menjadi tomboi dan bersikap dingin terhadap Shafiq?'Akulah Cinderella' ada jawapannya.
4 comments:
tak ada lagi buku ni, menarik...
Menarik juga jln cerita nie.
salam kenal... very interesting sinopsis... should get one..
love novel.. hee..
Awak, ara tag awak lam entry ara tau..
nak tengok kat entry ni http://deliarayushe.blogspot.com/2012/05/special-giveaway-by-aziera-adenan.html
jemputlah join sekali.. tq,,
Catat Ulasan