Assalamualaikum dan syukur ke hadrat Allah kerana memberi peluang untuk kita terus bernafas di bumi Allah ini.Bertemu lagi kita di en3 kali ini dengan novel 7 hari mencintaiku.Novel ke 4 hasil karya Siti Rosmizah yang sangat menyentuh hati.Novel setebal 1048 muka surat ini telah 2 kali saya ulang membacanya....best sgt2.
Novel yang mengisahkan Khuzairi seorang suami yang sangat penyayang,penyabar melayan kerenah isteri yang sangat dicintainya dan anak yang sangat taat kepada kedua ibubapanya.Doktor Khuzairi digambarkan oleh penulis sebagai anak mak.Saya rasa pasti peminat novel diluar sana telah memiliki novel ini.
Novel-7 hari mencintaiku
Penulis-Siti Rosmizah
Terbitan SR publication
Halaman- 1048
Harga Sem Malaysia- Rm32.90
Sabah/Sarawak-35.90
Sinopsis novel -7 hari mencintaiku
Khuzairi,dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana.Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yan setia.Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan untuk memilikinya.
"Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau.Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan?Hei Khuzairi kau dengar sini.Kau tu budak kampung yang tak sedar diri!Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya!Sedar-sedarkanlah diri kau tu.Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah.Kau nak aku bawa cermin ke suluh kan muka kau.Buat tak reti bahasa lah pulak.Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati!So...apa kata kau berambus sekarang!Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!"
Aduhai!Angkuh sungguh kata-katanya.Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya.Jauh disudut hati dia mula bertanya,sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini?Sudah lalikah telinganya?Sudah matikah perasaannya?Tidak ke dia kecewa?Tidakkah dia terluka?Khuzairi mengangguk perlahan.
"Ya,aku juga manusia biasa,aku ada hati dan perasaan,tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa,demi satu amanah aku harus menelannya,demi satu amanah aku harus terus bersabar...."
Amanah?Amanah siapa yang digenggam oleh Khuzairi itu,sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana,hidup ini bagaikan putaran roda,satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri.Berdoalah,di kala keinsafan menjelma nanti,cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya.
7 comments:
best tak novel ni...sinopsis dia nampak ringan :)
akak ni mmg betoi2 peminat novel kan :-)
dulu b4 kawin suka bc novel
then dah kawin n ada anak 4 ni
xde ms nak bc buku...beli pun lgsg xde hahaha
semua bc tru on9 je
dasar pemalas kan k.el ni muahahaha
huk huk masa sekolah jer layan novel.. lani tak dan.. hehe
Sinopsisnya nampak menarik..
Kakak dah jarang membaca novel sekarang nie. Tapi jangkit pada anak-anak pulak. Kakak more to motivation book sebab dah tua agaknya...
lame btul atie tk jenguk2 kedai buku tuk cari novel...
dulu time study rajin jugak...
Catat Ulasan