FOLLOWERS

Rabu, 25 Julai 2012

Usai...AKU TERIMA NIKAHNYA

Assalamualaikum dan salam Ramadhan kepada semua follower baru dan lama blog ni.
Terima kasih kerana sudi singgah di sini.Sungguh banyak novel koleksi terbaru i yang belum dipaparkan diblog ni...yang belum sempat dibaca pun ada lagi.
En3 kali ini i nak berkongsi sinopsis novel Usai AKU TERIMA NIKAHNYA hasil karya Umie Nadzimah.Ini adalah novel kedua yang dihasilkan oleh beliau. Novel ini menduduki no 2 Carta Bestseller di Popular untuk dua minggu berturut-turut.Kepada peminat2 novel yang belum memiliki novel ini...dapatkanlah segera.
Sekali namamu kulafazkan,
Hati tidak pernah terdetik untuk menyambut yang lain.....

Tajuk novel-usai AKU TERIMA NIKAHNYA.
Pengarang:Umie Nadzimah
Penerbit:Karya Seni 
Harga Sem Malaysia:Rm19.00
Sabah/Sarawak:Rm22.00

Sinopsis Novel: Usai ...AKU TERIMA NIKAHNYA.
Puteri Nur Aina,tidak pernah mengharapkan kehidupan indah di atas pernikahan terpaksanya dengan Iskandar Hafiz.Baginya perkahwinan ini adalah penyelamat kepada dirinya yang derita dan dikongkong oleh keluarga angkatnya.Takdir telah menentukan mereka suami isteri telah jatuh cinta dan melalui fasa bahagia alam rumahtangga.
Namun,episod gembira cinta mereka tidak disenangi oleh beberapa pihak dan menyebabkan Iskandar Hafiz amat tertekan.Lalu keputusannya diambil secara tidak sengaja telah menyebabkan Puteri Nur Aina sedih lagi terluka.
Dalam masa yang sama muncul sahabat baik Iskandar Hafiz,Megat Khalif yang telah jatuh cinta pada puteri Nur Aina pada pandangan pertama kali,dan sanggup berkorban apa sahaja demi melihat 'puterinya'tersenyum dan bahagia semula.
Dia tidak putus asa menunggu sehingga Puteri Nur Aina dapat melupakan Iskandar Hafiz dan menerimanya sepenuh hati.Malangnya,apabila Puteri Nur Aina mula menerimanya,Iskandar Hafiz kembali menagih kasih....
Puteri:"Hadirmu bagaikan seorang wira,menyelamatkan aku dari lembah sengsara,yang mengajar apa itu rasa cinta dan erti perasaan.Namun,yang seorang lagi cukup sempurna,setia mengubati lukaku,sentiasaada saat aku memerlukan.Tanpamu aku lelah...."
Abang Is: "Kau bukan yang pertama di hati,namun kaulah perempuan pertama aku nikahi,sehingga lidahku menjadi kelu untuk menyebut nama yang lain,menjadikan hanya dirimu perempuan terakhirku...."
Khalif:Rasa cinta padamu tidak pernah pudar,walaupun nyawa bercerai dengan badan.Apa yang kuingini,hanyalah kebahagiaan dirimu,Puteriku...."

Apakah kesudahan kemelut kisah cinta mereka?Temui jawapan akhirnya dalam Usai...Aku terima Nikahnya....

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

3 comments:

dear anies berkata...

kenapa sy x jumpa buku ni tempohari??

Kakzakie Purvit berkata...

Boleh hanyut dibuat perasaan kalau baca sinopsis pun dah boleh agak...

Mimie berkata...

mcm best je citer nih..nak kne terjah nih

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute