FOLLOWERS

Selasa, 30 Oktober 2012

Kami Dah Kahwinlah!

Assalamualaikum dan salam ceria semua.
N3 kali ini pun pasal novel lagi....semua novel koleksi saya pasti akan di kongsi bersama dalam blog ni.InsyaAllah.
Novel hasil karya Nurfailisha binti Muhamad atau lebih di kenali dengan nama penanya Lisa Muhamad.Novel ini menduduki no 5 Carta MPH - rujukan akhbar berita harian 21 September 2012.
Kami Dah Kahwinlah!... jalan cerita yang sangat menarik dan penuh dengan adegan romantik.Sara Cempaka adalah adik sepupu Raqib Aryan dan mereka telah berkahwin di luar negara tanpa pengetahuan keluarga masing2.Pernikahan ini satu rahsia… akan terbongkarkah nanti?
Untuk mengetahui lebih lanjut bolehlah baca sinopsis Kami Dah Kahwinlah! dan kepada peminat novel jangan lepaskan peluang memiliki novel ini. 
Judul : Kami Dah Kahwinlah!

Penulis : Lisa Muhamad
Penerbit : Penulisan2u
Semenanjung: RM18
Sabah & Sarawak : RM21
Halaman:413


Sinopsis: Kami Dah Kahwinlah!

“Jaga adik sepupu ni, macam jaga adik sendiri. Tak boleh terlebih, tak boleh terkurang. Pegang adat keluarga kita. Adat turun-temurun kita…” – Nenek Saripah


Siapa kata berkahwin tak perlu restu, tak perlu persetujuan keluarga? Raqib Aryan dan Sara Cempaka, dua orang sepupu yang saling jatuh cinta. Padahal pada zaman kanak-kanak, mereka langsung tidak bertegur sapa dan
hanya jeling-menjeling. Tapi apabila kedua-duanya dapat melanjutkan pelajaran di pusat pengajian yang sama, hubungan mereka menjadi mesra.

Pada mulanya mesra sebagai saudara sepupu, lama-kelamaan bercambah menjadi cinta. Tapi, bagaimana dengan Nenek Saripah yang memegang kuat adat keluarganya?

Akhirnya, mereka memutuskan untuk bernikah secara rahsia. Rahsia yang disimpan dari London terbongkar di Malaysia apabila Elman Amar dan Mak Su Mimie dapat mencium hubungan sebenar mereka berdua.

“Kak Sara suka abang?” Muhamad Elman Amar

“Petang semalam, mak su nampak kau orang berdua kat tepi tasik. Betulkan itu kau orang?” – Mak Su Mimie

Walaupun tanpa restu keluarga, namun mereka tetap mempertahankan hubungan suci itu. Rasa cemburu dan dugaan diharungi bersama-sama dengan pujuk dan memujuk. Tapi,cadangan Nenek Saripah telah menggugat pendirian Raqib Aryan dari terus merahsiakan hubungan mereka. Walaupun ditegah oleh Sara Cempaka, namun kisah hubungan mereka harus dikhabarkan kepada nenek!

“Hari ni jangan tayang senyum sangat... Nanti Mak Cik Habibah dengan anak dia terpikat habis…” – Sara Cempaka

“Bimbang ke? Kalau macam tu, Sara janganlah tinggal suami tersayang ni sorang-sorang. Ada yang nak menempel karang.” – Muhamad Raqib Aryan

Adakah rahsia hubungan mereka mampu diterima oleh keluarga terutama Nenek Saripah? Rahsia perkahwinan mereka akan terbongkar dalam… Kami Dah Kahwinlah!



Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

5 comments:

nur anis berkata...

kalau dah masuk carta ni, mesti best ni...

misz uzmy berkata...

Bila baca novel ni suka baca part suami isteri..
Hmm best ni.. Thankz sharing..

Unknown berkata...

Baca sinopsis pun dah tau cerita ni mesti best!! :)

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute