Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Suamiku, Encik Perfect 10!....antara novel terbaekkk yang saya miliki.Cepat dapatkannya di pasaran.
Suamiku, Encik Perfect 10! novel hasil karya Syamnuriezmil yang di terbitkan oleh Karyaseni telah menduduki carta No 1 terlaris/Bestseller KINOKUNIYA. No 1 di MPH untuk 3 minggu berturut-turut dan No 3 di POPULAR - Rujukan Akhbar Berita Harian 31 Ogos 2012. No 1 di Carta MPH - rujukan Akhbar Berita Harian 12/10/2012. Terbaru No 1 Carta Bestseller di MPH - Rujukan Akhbar Berita Harian 12/10/2012
Entah dari mana dia datang,aku tidak pasti.Yang aku pasti,dia membawa cintanya sekali!
Tajuk Novel : Suamiku, Encik Perfect 10!
Penulis : Syamnuriezmil
Penerbit : Karyaseni
halaman:597
Semenanjung : RM23
Sabah/Sarawak : RM26
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama
seminggu, demi menyelamatkan A
leeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, PuanYazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.
“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen
“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial
Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.
“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial
“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen
Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?
2 comments:
nyue pon suka novel nie...bru je buat review psl novel ni 2hr lepas..
http://nyueyien.blogspot.com/2012/11/review-suamiku-encik-perfect-10.html
suamiku perfect 10... menarik!!!
hye, salam kenal... (^_^)"
Catat Ulasan