FOLLOWERS

Isnin, 14 Januari 2013

PERCAYA ADA CiNTA

Dah lama sebenarnya saya memiliki novel ni tapi baru hari ni sempat di kongsikan sinopsisnya di sini.
Novel ini sudah ada di pasaran sejak mac 2010.Memang best jalan cerita novel ni....kepada peminat2 novel jangan lepaskan peluang memiliki novel ini sebagai koleksi anda.
Haruskah kuluahkan isi hati
sedang di bibir
tak bisa melafazkan janji
Tajuk:PERCAYA ADA CiNTA
Penulis:Ryana Adrina
Terbitan:Alaf21
Halaman:470
Harga:Sem Malaysia RM18
Sabah/Sarawak RM21

Sinopsis Novel:PERCAYA ADA CiNTA
Berada dalam lingkungan keluarga sendiri,terasa diri bagaikan orang asing.Sejak kecil,jiwa Wafiya menderita.Diri seolah dinafikan hak sebagai anak kandung apabila ibu bapa sendiri menyayangi orang luar melebihi dirinya sendiri.
Entah apa silapnya hingga dia terpaksa membayar harga yang mahal demi meraih sebuah kebahagiaan.Dia di desak berkahwin dengan Arsyad,teman lelaki sepupunya.Walaupun berat hati,dipaksa juga diri menerima pinangan tersebut.Dia yakin,Arsyad tidak mencintainya,malah pasti bahtera rumah tangga mereka tidak akan ke mana-mana! 
Ternyata alam rumah tangga merubah segalanya.Dalam marah dan dendam,masing-masing saling mencuit hati,mengusik rasa.Wafiya yang sengaja mengasingkan diri,tanpa sedar menyentuh jiwa Arsyad.Dalam keras,ciri-ciri kelembutannya tetap terserlah.Namun,bila harapan itu ada,badai taufan mula menampakkan diri,menghempas pantai,menjahanamkan sinar.
Bisakah dia mengecap nikmat bahagia,atau bahagia itu sememangnya tidak tercipta untuknya? 


Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

0 comments:

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute