FOLLOWERS

Jumaat, 18 Januari 2013

PROJEK MEMIKAT SUAMI

Novel PROJEK MEMIKAT SUAMI hasil karya Hanina Abdullah menduduki no 2 Carta Bestseller di POPULAR, No 2 di Carta Bestseller di Kinokuniya.
PROJEK MEMIKAT SUAMI bukanlah bertemakan kahwin paksa,tapi ia merangkumi isu berkahwin atas pilihan keluarga.Novel ini dihasilkan kerana beliau tidak bersetuju dengan sesetengah novel yang bertemakan kahwin paksa,tetapi watak heroinnya tidak menjalankan tugas sebagai seorang isteri yang halal di sisi agama.
Penulis percaya bahawa cinta tidak datang bergolek,maka ia memerlukan iktiar dan bukan hanya berserah kepada takdir.
banyak unsur humor digunakan bagi menceritakan tentang Nawal Husna yang tabah,kasih keluarga dan sayang di antara teman-teman.
Dia suami aku!Meskipun dia tak
pernah cintakan aku,aku akan pikat 
dia sampai dapat!
Judul : Projek Memikat Suami
Penulis:Hanina Abdullah
Penerbit : Penulisan2u
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24
Sinopsis novel:PROJEK MEMIKAT SUAMI
NAWWAL HUSNA, baru sehari pulang ke tanah air selepas tamat pengajian, dia dikejutkan dengan berita peminangannya. Demi ummi dan babah, Husna bersetuju dengan permintaan itu meskipun dia tahu sangat sukar untuk bersama dengan lelaki yang memang tak sukakan dia.
“Jangan menyesal, little girl. Awak ingat taktik awak tu bagus sangat? Awak nak sangat kahwin dengan saya? Okey, saya akan bagi tahu mama yang saya setuju. Cik Nawwal Husna, awak akan jadi isteri saya. Awak ingat awak dah menang? I promise you, for every day of our married life, you will regret what you have done today.” Zahrain Alimin
Hidup berumah tangga dilayari berbekalkan nasihat dan petua dari kakak-kakaknya,yang lebih dikenali sebagai Master-ji dan Side-kick.

“Buat apa kalau Puan Sri berkenan, tapi tuan punya badan tidak!” – Nawwal Husna

“Una tak pernah terfikir ke, kalau Puan Sri boleh berkenan kat Una, kenapa Una tak buat anaknya pun berkenan kat Una?” - Najla
Berjayakah Nawwal Husna memikat suaminya si mamat ketul ais beku, Zahrain Alimin? Bolehkah ketul ais beku ini dicairkan?

“Sayang... Abang tak tahu bila abang jatuh cinta dengan sayang, sebab abang sibuk sangat hendak membenci sayang. Benci, benci, benci, tup-tup, in love. Bila jatuhnya pun abang tak tahu,” - Zahrain Alimin

Apabila mereka sudah menemui cinta itu, wujud pula penghalang dek rasa cemburu dan fitnah. Berjayakah mereka mempertahankan rasa cinta yang baru hendak bercambah? Ikuti cabaran dan usaha Nawwal Husna untuk membina rumah tangga bahagia!

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

7 comments:

Harith Iskandar berkata...

ehe best nih kalau smua wanita buat mcm tu,pikat jgn xpikat,kasi tau sikit kat suami dluar sana,...sila jalankan tanggungjawab anda terhadap isteri anda kerana mereka juga manusia mcm anda :)

misz uzmy berkata...

aishhh dah ramai yg post pasal novel ni..tapi masih belom kesempatan nak mencarinya...

Aziela berkata...

Ok, dah terpengaruh. Insya Allah nak beli.

Ann Ishak berkata...

okay, hari ni nak pegi Popular...mau cari ni buku ;)

saifudin abu izzudin berkata...

nice day :)
hargailah hari kemaren,
mimpikanlah hari esok,
tetapi hiduplah untuk hari ini.
bagi-bagi motivasinya yaah...

http://www.nolimitadventure.com/

AuraFIza berkata...

Dah jatuh cinta dengan novel ni! Jalan cerita yang sangat best kann..

iqaimani berkata...

5 bintang... Boleh jadi tauladan..

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute