FOLLOWERS

Jumaat, 24 September 2010

Komen atau Ulasan.


Salam perkenalan kepada semua semoga persahabatan yg kita bina melalui blogwalking ini berkekalan dan di rahmati Allah hendaknya.
Terima kasih banyak2 kepada teman2 yang sudi memberi komen atau ulasan mengenai cross stitch yang terpapar dlm blog saya.Seperti yang saya katakan,ramai orang yang pandai jahit cross stitch tapi masa saja tak ada.Mungkin ada juga yang tidak berminat buat benda2 macam ni.
Di pasaran sekarang pun memang banyak tok2 arab yang jual pelbagai perhiasan dinding yang cantik-cantik.Tak kisahlah nak beli atau buat sendiri janji dinding rumah kita tak kosong tanpa hiasan.

Alhamdulillah....bersyukur saya kehadrat Allah kerana walaupun blog saya baru ditubuhkan tapi komen2 dari pengunjung sgt positif.Tak sangka saya,rupanya ramai juga yang masih meminati seni jahitan ini.Memang betul,untuk siapkan satu patern saya memerlukan ketabahan dan kesabaran yang tinggi.Bayangkanlah sekiranya saya nak jahit patern pemandangan banyak sungguh ton color benang yang perlu digunakan.

Modal.....boleh tahan jugalah banyaknya.Kalau dulu tahun 1990an satu ikat benang dmc baru 35 sen tapi sekarang dah rm1.50.Kawan2 rapat saya,ramai yang cakap buat cross stitch ni hobi orang2 kaya.Betul ke????.Tak la kan,yang kaya tu Allah.

Ramai juga pengunjung blog atau tetamu yang datang kerumah saya bertanya adakah saya menjual atau terima tempahan.Sebenarnya saya serba salah untuk menerima tempahan kerana harganya sangat mahal (rm300 ke atas)bergantung pada banyak benang yang digunakan.

Kepada teman2 yang dah pandai jahit cross stitch marilah kita menghidupkan semula kesenian ini supaya tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.Kepada yang suka tgk cross stitch tapi tak reti nak buat.....selalulah datang ke blog saya,kita kongsi keindahan ini bersama.
Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

5 comments:

Yafiz berkata...

Absolutly agreed, keep creative....(nice share)

Unknown berkata...

waa.. kak tere wat cross stitch ye..
dulu nur penah buat.. tapi masa sek rendah..
bila masuk sek men. ni nur da tinggalkan da bt cross stitch..sb kwn2 nur kata macam orang da kawen ja bt cross stitch..huhu..akk memang hbt la..masih memartabatkan seni cross stitch..
bila baca log akk ni, bt sy tringin nak bt cross stitch balikk..=)

Azura Shope berkata...

Nice infoo...
halooo kami adalah distributor tas murah dan terbaik... mau jadi reseller? kunjungi kami

suziesanji berkata...

saya minat~~ saya minat~~~
tapi xde masa nak buat.. tapi betul la, cross stich ni costly, sebab nak siapkan satu tu, mahal la,, huhu...

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute