FOLLOWERS

Rabu, 27 Oktober 2010

Kiswah Surah Al-fatihah

Koleksi simpanan kiswah jahitan benang emas yang di bawa pulang dari Syria.

Maksud Surah Fatihah.

Dengan nama Allah yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.Segala puji-pujian bagi Allah Tuhan yang memelihara semesta alam.Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih.Tuhan yang menguasai hari pembalasan.Hanya Engkau sahaja (Tuhan) yang kami sembah dan hanya kepada Mu sahaja kami pohon pertolongan.Tunjukkan kami jalan yang lurus.Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat ke atas mereka bukan jalan orang-orang yang Engkau murkai dan bukan pula jalan orang-orang yang sesat.

Telah sedia maklum,Surah Al Fatihah merupakan surah pembuka atau surah pendahuluan dalam Al Quran.Terdapat banyak fadhilat,faedah dan hikmah bagi mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Fatihah ini.Di antara Sabda baginda bermaksud:

♦ Membaca Fatihah Kitab (Al Quran)mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al-Quran.
♦ Al-Fatihah adalah untuk apa yang di maksudkan dalam (erti) bacaannya.
♦ Al-Fatihah ini merupakan pembuka maksud bagi orang2 mukmin.

Fadhilat Suratul Fatihah.

►Amalkan membaca sebanyak 70 kali setiap hari dlm keadaan berwudhuk dan tiup pada air lalu diminum selama 7 hari.Insya-Allah mudah memperolehi ilmu pengetahuan di samping dapat mengawal hati dan fikiran dari perkara2 yang merosakkan.

►Amalkan membaca Al-Fatihah semasa hendak tidur,diikuti membaca surah al-ikhlas,surah al-falaq dan surah al-anas,insyaALLAH akan aman tenteram dan dijauhi
dari gangguan syaitan.

►Amalkan membaca Al-Fatihah 41 kali.Waktunya ialah di antara solat sunat subuh dan solat fardu subuh.Di amalkan selama 41 hari insyaALLAH hajat di bawah akan diperkenankan oleh Allah S.W.T.
1-untuk mendapat rezeki.
2-untuk mendapat kenaikan pangkat atau darjat.
3-untuk menyelesaikan hutang.
4-untuk menyembuhkan pelbagai penyakit.
5-untuk menjadikan anak soleh dan solehah.


Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

4 comments:

Jejaka Desa berkata...

Banyok amat fadhilat.Tapi ramei yang melupekan nye...

caliph shuriken berkata...

"sampaikan daripadaku walau sepotong ayat"
hadis riwayat Bukhari & Muslim

BUJANG SUSAH berkata...

Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry..

Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila klik disini
Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

"SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

P/S: Sedikit perkongsian dan renungan buat sahabat dan diri sendiri dari hamba yang hina jua serba kekurangan ini... sila klik
DISINI

"Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Wallahualam.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

Blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis dan memberi info.. Semoga sejahtera dan sentiasa diberi keberkatan olehNya.. wassalam.

..najwa.. berkata...

post yg ni sgt bg sy byk pengetahuan ttg fadhilat al-Fatihah..timekaseh

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute