FOLLOWERS

Rabu, 17 November 2010

kiswah Ayat Seribu Dinar.



Mafhumnya:
Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan lepaskan ia dari masalah hidup Dan diberikannya rezeki dari sumber yang tidak diduga. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan ( yang dikehendaki ) Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Ayat Seribu Dinar adalah ayat suci Al-Quran yang dipetik dari surah Al-Talaaq, dari ayat dua dan tiga.Ayat ini mengisahkan salah seorang hartawan bermimpi dalam tidurnya,seorang lelaki datang kepadanya lalu berkata"Beramallah dengan hartamu sebanyak seribu dinar kepada fakir miskin yang banyak berkeliaran meminta-minta".
Kerana mimpi ini berulang kali dialaminya,maka dilaksanakan apa yang di mimpikannya itu,iaitu memberi sedekah kepada fakir miskin sebanyak seribu dinar.
Pada suatu malam dia bermimpi pula bahawa lelaki itu datang lagi dan mengajarkan beberapa kalimah ayat-ayat Qur'an(ayat2 yang tersebut di atas)dianjurkannya agar di baca dan diamalkan pagi dan petang maka Tuhan akan melepaskan dari bahaya yang akan menimpa diri.
Setelah hartawan itu bangun dia mendapati bahawa mimpinya seolah-olah ada hubungan dengan mimpi yang terdahulu...maka dgn tidak ragu2 dia mengamalkan ayat ini.
Tidak lama kemudian hartawan tersebut menumpang sebuah kapal dalam pejalanan melalui laut yang luas.Ketika itu angin bertiup sangat dasyat,ombak yang besar dan kapal pun terumbang ambing.Penumpang merasa cemas dan takut tetapi hartawan itu tetap tenang mengharap pertolongan Allah dan membaca ayat tersebut.Lebih dasyat kapal tersebut terhempas diatas sebuah batu karang dan akhirnya pecah.
Disaat semua penumpang tidak sedarkan diri si hartawan yang mengamalkan ayat tadi telah terdampar di tepi pantai dalam keadaan selamat besama harta dagangan.
Demikianlah khasiat yang terdapat dalam ayat ini dan kerana si hartawan bermimpi agar menyedekahkan 1000 dinar,maka dari cerita inilah ayat ini di panggil Ayat Seribu Dinar.
Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

3 comments:

Cempakamelati berkata...

Sangat baik untuk diamalkan. Bukan sekadar digantung di dinding.

özlem berkata...

hello, thanks for your messages. your webpage is nice. see you

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute