FOLLOWERS

Jumaat, 24 Februari 2012

KUIH LOMPANG

Kalau kat tempat tinggal saya kuih ni jarang dijaul di kedai.Jadi kalau terasa nak makan kenalah buat sendiri.Dah lama tak makan kuih ni....jadi hari ni saya merajinkan diri untuk membuatnya.

Senang aje buat kuih lompang ni....anak2 pun suka makan.Jom kita kongsi resepi kuih lompang.

KIUH LOMPANG
Bahan-bahannya.
3 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
4 cawan air
1 st esen pandan
sedikit air kapur
Pewarna(ikut suka)
Kelapa parut + garam

Caranya:-
1-Masak gula bersama 4 cawan air dan sejukan.
2-Masukan air gula yang telah sejukan ke dalam tepung beras.
3-Masukkan juga air kapur dan esen pandan.
4-Kacau adunan sehingga tidak bergentel.
5-Bahagikan adunan beberapa bahagian dan warnakan mengikut kesukaan masing2.
6-Masukan adunan ke dalam acuan kuih lompang dan kukus lebih kurang 15-20 minit.
7-Apabila telah masak sejukan dan bolehlah dimakan bersama kelapa yang di campur sedikit garam.


SELAMAT MENCUBA

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

3 comments:

ZWAN SABRI berkata...

selalu dok jumpa kuih lompang yg warna brown je.. tapi kali ni kuih lompang macam2 warna ada la.. nice!

AienAiril berkata...

salam ziarah jemput lawat disini dan dapatkan barangan muslimah dan koleksi buku2 menarik dr ustaz riduan serta hadiah istimewa.semoga mendapat manfaatnya~ :)
http://e-storebasyirah.blogspot.com/p/pembukaan-e-store-basyirah.html

khai berkata...

Cantiknya kuih lompang ni....tentu sedap.

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute