FOLLOWERS

Selasa, 21 Februari 2012

NOVEL NOSTALGIA- SESUCI CINTA, SEHARUM KASIH, SETULUS JANJI

Komplikasi Novel Nostalgia ni cuma dijual di kedai buku popular sahaja.Sis suka baca novel ni....best gilerr.Dalam hati berkata....lain kali nak beli lagi novel yang ditulis oleh Aina Emir.


NOVEL NOSTALGIA- SESUCI CINTA, SEHARUM KASIH, SETULUS JANJI.
PENULIS-AINA EMIR
1240 halaman.

Komplikasi tiga buah novel ‘best seller’ yang mampu menggemparkan pembaca semua.

Sesuci Cinta, merupaka novel pertama Aina Emir, membawa anda bertemu dengan watak Nuraina yang tinggalkan negara tercinta untuk merantau bagi mengubat hati yang terobek. Di England, kepedihan dan kekecewaan Nuraina terubat jua dengan kehadiran Behzad. Namun manusia… sehebat mana pun merancang, Tuhan yang menentukannya. Lambaian Istana AlHambra di Andalusia, membawa Nuraina bertemu kekasih lamanya, Armand. Mampukah Nuraina menemui kebahagiaan seperti yang diimpikan?

Novel kedua, Seharum Kasih membawa pembaca bertemu Rasya Aleesya dan Syed Reeza. Apakah mungkin dua hati mampu merindui pada bait kata-kata? Tanpa kenal wajah, tanpa dengan suara, Reeza dan Rasya saling bertingkah rasa. Atau ini sekadar ilusi dan trend orang muda sahaja? Mampukah Rasya mengharungi segala sakit dan perit untuk menemui sebuah keharmonian cintanya?

Setulus Janji, novel ketiga pula akan membawa anda bertemu Insyirah dan Ilham, dua beradik angkat yang pernah dibesarkan bersama. Tanpa diduga, ada rindu yang bertamu di hati mereka. Setelah bertahun memendam rasa, Insyirah memilih Aiman sebagai tempat berpautnya. Ketika itu, hanya bulan dan bintang yang setia mendengar rintihan mereka. Di manakah letak keikhlasan hati pasangan yang bercinta? Apakah janji mampu menyemarakkan rindu yang kian menjadi pudar dan suram?

Komplikasi ini wajib dimiliki anda yang gemar membaca novel romantis.

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

1 comments:

Regina Artes berkata...

Adorei conhecer seu blog... muito bom passear por aqui!!!
Beijos

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute