FOLLOWERS

Sabtu, 31 Mac 2012

Kuih lapis





Assalamualaikum semua.

Hari ni saya buat kuih lapis untuk minum petang.Walaupun lapisannya taklah secantik mana tapi rasanya memang lemak,manis dan sedap sekali.Bahan2 yang digunakan pun mudah cuma kena rajin melapis aje.Petang ni aje dah habis setengah loyang.Jom kita kongsi resepi kuih lapis.


Bahan-bahannya:-

3 cawan tepung gandum
4 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar tepung beras
2 cawan gula pasir
3 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
1 sk garam
1 sk esen pandan
Pewarna(ikut suka)

Cara membuatnya.

1-Panaskan loyang yang telah dileser dengan minyak.
2-Satukan semua bahan-bahan di atas.
3-Kacau sehingga gula larut dan tepung tidak bergentel.
4-Tapis adunan dan bahagikan 3 warna.
5-Kukus setiap lapisan selama 5 minit berselang seli sehingga adunan habis.
6-Apabila telah masak bolehlah di angkat.Biarlah sejuk barulah di potong.

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

6 comments:

Kasih Salina berkata...

bestnya..akak pun suka makan kuih lapis..

Nurul Aein berkata...

yess..boleyh try...
nnti ain nk cuba ikOt resepi akak nie :)

fieda berkata...

salam..ni blog akak ke..selama ni puas saya cari blog personal akak..akhirnya jumpe jgk..nasib baik akak datang komen kat blog saya...rindu akak...

Unknown berkata...

antar la kt opis sy skali..nak rase...ehehe :)

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute