Shahriah Abdullah lebih dikenali apabila nama beliau tercalon antara TOP 10 MasterChef Malaysia.
Untuk pertama kalinya Sha merasakan novel Seribu Rindu Untukmu adalah yang paling mencabar sekali!Idea yang mencurah-curah tetapi beku apabila jari-jemari berada di atas keyboard.Akhirnya,susunan ayat dan cerita,penghayatan dan emosi yang melampaui imaginasi,mampu Sha realisasikan menjadi satu cerita yang menarik.Terima kasih kepada keluarga dan insan tersayang yang cukup memahami dan menyokong Sha selama ini.Juga kepada peminat yang tidak jemu memberikan semangat dan dorongan.
~Shahriah Abdullah~ NOVEL-SERIBU RINDU Untukmu.
PENGARANG-SHAHRIAH ABDULLAH
TERBITAN-BUKU PRIMA
HALAMAN-646
HARGA-RM19.90
Sinopsis novel- SERIBU RINDU Untukmu.
Maya seorang wanita berjiwa lembut,tetapi tegas diluar.Selama 25 tahun Maya memegang prinsip 'cinta tidak perlu dicari kerana cinta akan datang sendiri' kerana prinsip itulah Maya tidak pernah berminat atau belajar apa itu erti cinta.Rakan sekuliahnya cemburukan kecantikan yang Maya miliki.Maya terpinggir namun dia masih ada teman sejati bernama Zura.Bermula dengan gurauan akhirnya Maya bersetuju menyahut cabaran Zura agar dia menulis kisah cinta tentang dirinya sendiri sedangkan dirinya tidak pernah sekalipun bercinta dan tidak tahu bagaimana rasanya bercinta.
"Ingat Maya,ini janji Muzzpada Maya.Walau apapun yang terjadi,Maya akan menjadi milik Muzz suatu hari nanti.Ingat!Itu janji Muzz!"
~Syed Muzaffar
Macam nak gugur jantungnya bila kata-kata keramat itu disampaikan oleh doktor.Macam nak gelap dunia disekelilingnya.Berita yang cukup memeranjatkan dirinya,hampir sahaja dia pengsan.Mujur dia berada di klinik.
"Kenapa Maya lakukan semua ini?Kenapa?Maya ingin membalas dendam terhadap laki-laki yang pernah melukakan hati Maya selama ini?Kenapa Maya tidak fikirkan baik dan buruknya Maya".
~Ismail
4 comments:
pasti novelnya romantis banget, dari judulnya sudah enak dibaca...
mesti cari nanti ;)
wow menarik jugak novel ni, nk baca novel2 tp selalu tkde kesempatan :)
Salam dear.. tq so much kerana sudi berkongsi SERIBU RINDU UNTUKMU di dalam blogs yang cukup cantik dan sejuk mata sesiapa yang melangkah masuk ke sini.. terima kasih yaa.. :)))
Catat Ulasan