FOLLOWERS

Isnin, 9 April 2012

Novel - Adam & Hawa

Jom kita layan novel Adam & Hawa.
Novel Adam & Hawa hasil karya dari penulis yang tidak asing lagi bagi peminat novel iaitu Aisya Sofea.Saya baru saja habis baca novel ni...novel yang berunsurkan cinta dan kasih sayang.Novel Adam & Hawa bakal diadaptasikan dalam bentuk drama dan akan di tayangkan di astro.Pasti saya tidak akan lepaskan peluang menonton drama sebanyak 80 episod ini.Aaron Aziz akan membawa watak Adam Mukhriz sebagai juru terbang MAS dan Nadia Nissa akan membawa watak Ain Hawani seorang wanita yang cekal walaupun perasaannya terluka dengan perbuatan Am.
Jom kita baca sinopsis novel Adam & Hawa.

Tajuk-Adam & Hawa.
Pengarang-Aisya Sofea
Terbitan -Alaf 21
Halaman-492
Harga-Rm19.90


Sinopsis Adam & Hawa

Ain Hawani,zaman solonya ternoktah pada usia remaja.Hanya kerana silap perhitungan,timbul prasangka buruk,menyebabkan dia dan Adam Mukhriz terjerat.Rayuannya tidak dipedulikan.Lelaki itu pula diam membisu,seolah-olah benar apa yang berlaku.Akhirnya ijab kabul antara mereka terlafaz dalam paksa dan tanpa rela.

Sayangnya, hubungan suami isteri itu hanya tertulis diatas kertas sahaja.Ain yang kecewa,pergi jauh mencari harga diri.Adam yang ditinggalkan, menghitung hari-hari nan sepi.Setiap saat rindunya terus melimpah.Namun Ain tidak pernah berpaling melihat  cinta yang mekar dihatinya.Ah...Adam pasrah!Semua itu salahnya kerana tidak berani memaknakan kata-kata.

Setelah 8 tahun pergi dan menanti,Ain dan Adam di pertemukan di depan pintu Masjidilharam.Bagi Adam,kebetulan itu memang di doakan sekian lama.Ain pula terus membenci  dan menganggap ikatan mereka sudah terputus.Hanya lafaz Adam yang di tunggu.Tapi tegarkah Ain?

Sejak pertemuan itu,hati Ain berbolak-balik.Nafasnya bagai berombak,perasaannya jadi gementar dan hidupnya sudah tidak keruan hanya kerana Adam.Benarkah dalam hati ada cinta?Tapi keegoannya cuba menidakkan.Ingin di luah,mulut tidak berkata.Ingin di simpan hati tak tertanggung.

Bagi Adam,dia tetap menanti Hawanya biarpun 8 tahun lagi...   

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

6 comments:

dear anies berkata...

xpenah bc..just bc sinopsis je

♥♥azatiesayang ♥♥ berkata...

salam Norzie..terima kasih ke blog atie.Mmg peminat novel jgkkkk
Novel Adam & Hawa ni ada ada dlm koleksi novel2
atie..mmg best!

Liza Razak berkata...

saya suka novel dr aisya sofea ni.semuanya best !

Annie berkata...

nanti nak beli la novel Adam & Hawa. ni..suka sangat degar lagu kat blog norzie

lieynanilaz berkata...

best ya....nanti ada masa boleh cari kat kedai buku..

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute