Assalamualaikum kepada rakan-rakan yang sudi singgah di blog ni.
BIARLAH YM BERBICARA - Novel yang tercalon dalam anugerah pilihan pembaca popular berita harian. Hasil karya pertama yang ditulis oleh Rohani binti Sulong atau lebih di kenali dengan nama penanya Hanni Ramsul.
Ini kali kedua saya baca novel ni...memang best giler.Kisah percintaan di alam maya antara Charming dan Ugly Betty. Watak Mia yang begitu mesra dengan Encik Firdaus membuat cerita ini lebih suspen....Siapakah beliau di hati Encik Firdaus.Jika anda peminat novel jangan lepaskan peluang membaca dan memiliki novel ini sebagai koleksi.
Novel-Biarlah YM BERBICARA.
Pengarang-Hanni Ramsul
Terbitan-Kaki Novel
Halaman-582
Harga-Rm 20.00
ABANG KAMAL...Walaupun segunung cita yang kau hadiahkan padaku,terasa tidak akan merawat pedih tingkahmu pada diri ini.Namun,ketulusanmu akhirnya memercik simpati di hati?Membuat hatiku berlagu sendu?Mengalun irama indah di hati...
ENCIK FIRDAUS...Memandang wajahmu,mengapa debar sering bertandang?Cintakah itu?Sungguh aku tidak pasti,kerana ,cinta memang tidak pernah wujud dihati ini.Dan,kalau bukan cinta kenapa pula cemburu sering mengejar langkah ini?Cemburu pada bahagiamu yang tidak bertepi...
CHARMING-Siapa pun engkau,mengapa aku rasa begitu rapat pada mu.Hatiku begitu hampir denganmu.derai tawamu,membelai bahagiaku.Bicara tanpa wajahmu,membuat aku kelemasan menanggung rindu.sungguh aku ingin wujudkanmu dialam nyata.namun,keberanian tidak pernah muncul di hati ini,sedang citaku cuma satu.Menjadi suri dihatimu...
AKU...Aku penasaran sendiri.Penasaran dalam mencari erti cemburu dan rindu.Mentafsir di mana letaknya,cinta,sayang dan simpati.Kelirunya pabila semua rasa berkumpul menagih pada hati yang satu.Sungguh aku penasaran melalui simpang siur permainanan duniawi ini...
3 comments:
pernah terpandang novel nie kat kedai..OK mcm menarik..nak beli jugak laa :)
huhuhu...aku kalu novel mmg serender...
tp kalu komik... aku suka... kehkehkehkeh
best!sungguh la kelakar..
1 of my fvrte novel..
thumbs up!(:
Catat Ulasan