FOLLOWERS

Jumaat, 20 April 2012

OMBAK RINDU

Novel Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari yang diterbitkan oleh Alaf21.Nama Fauziah Ashari memang tidak asing lagi dalam dunia penulisan novel.Karya-karyanya sering menjadi igauan peminat2 remaja dan dewasa.Hasil penulisan beliau mendapat tempat di hati peminat2.
Sebenarnya dah 2 kali saya beli novel Ombak Rindu ni...mula2 beli pada tahun 2002,masa tu masih cover lama.Terpaksa beli baru apabila menyedari novel ini tiada di rak koleksi saya,faham2 aje la.Ombak Rindu merupakan novel yang terlaris(edisi ulang cetak terjual 150,000 naskah) di Malaysia.Rasanya semua sedia maklum bahawa filem Ombak Rindu adalah adaptasi dari novel ini.Pada pendapat saya novel Ombak Rindu lagi best dari filem Ombak Rindu.Pendapat anda pula macam mana?

Rinduku umpama ombak,
Kasihmu bagai pantai yang setia menanti.


Judul-OMBAK RINDU
Pengarang-Fauziah Ashari
Terbitan-Alaf 21
Halaman-563
Harga sem.Malaysia-Rm19.90
Sabah/Sarawak-Rm22.90

Sinopsis novel Ombak Rindu

Izzah,gadis yatim piatu yang kematian orang tua akibat kemalangan jalan raya.Dia terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya,Pak Cik Taha.Namun,kehadirannya di dalam keluarga itu dianggap sebagai pembawa malang.

Disebabkan tabiat suka berjudi,Pak Cik Taha sanggup menjual anak saudaranya itu kepada tauke kelab malam.Izzah terpaksa walaupun hatinya tidak rela diperlakukan sebegitu.Namun sebagai wanita,dia pasrah.

Di situ,Izzah telah berkenalan dengan Hariz.Atas dasar simpati,Hariz telah membawa Izzah keluar dari neraka jahanam itu.Hariz juga bersetuju mengahwini Izzah,tetapi dengan syarat.Perkahwinan ini mesti dirahsiakan daripada Datuk Sufiah!

Tanpa disedari perasaan sayang mula berputik dihati Izzah.Namun,hariz dipaksa mengahwini Mila Amylia.Bahagiakah rumah tangga yang di bina dengan kehadiran orang ketiga?Sebagai lelaki,apakah pilihan Hariz?Sesungguhnya,cinta sejati datangnya hanya sekali.


Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

5 comments:

Ainiyunus berkata...

filem cara lain..novel plak best cara lain..sy just ade novel ombak rindu versi lama tu..yg cover purple..hehe

IFA Athirah berkata...

waah!malasnye nk baca novel..tgk citer trus je la.hehe

ankeljonni berkata...

filem dia aku x tgk....
novel dia aku blom baca...

huhuhuhuhu... ketinggalan zaman tol aku....

Kasih Salina berkata...

best juga baca novel kan..dah ada ank masih kecik ni, takde masa sgt nk membaca..tp minat membaca tu tetap ada la..

Annie berkata...

best cerita ombak rindu ni

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute