FOLLOWERS

Rabu, 23 Mei 2012

M.A.I.D

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 blogger yang baru dan lama.
M.A.I.D novel terbitan kaki novel dan hasil karya Suri Ryana,bintang baru di dalam dunia penulisan.Novel yang menduduki no 1 carta Bestseller di Popular 2 minggu berturut-turut.Kepada peminat2 novel jangan lepaskan peluang memiliki novel yang penuh adegan romantik dan endingnya memang sweet sekali. Jom kita layan sinopsis novel M.A.I.D.

"Ya Allah Noorul...takkan goreng ikan pun kau tak tahu?
Masak nasi tahu tak?
'Haih...habis la kau kalau macam ni'.
"Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat,Noorul."


Tajuk novel-M.A.I.D
Pengarang-Suri ryana
Terbitan-Kaki Novel
Halaman-753
Harga Sem-Rm 26
Sabah/Sarawak-Rm 29

Sinopsis novel M.A.I.D

Terdesak untuk melucutkan gelaran penganggur yang disandangnya,Noorul rela dalam terpaksa menjawat jawatan sebagai pembantu rumah kepada Harris Tan Sri Hamdan.Sikapnya yang cepat gelabah sering mengundang kemarahan Harris,si cerewet tahap gaban hingga menyebabkan Noorul menggelarnya Mr.F(fussy)
Daripada berbalas-balas nota berkaitan dengan kerja pada awalnya,boleh pula mereka makan semeja.
Fitnah yang melanda menyebabkan Noorul dan Mr.F terpaksa disatukan.Siapa punya angkara?Asyraf?Musuh perniagaan Tan Sri Hamdan?
Serabutnya Noorul hanya Allah yang tahu.Dia terpaksa berhadapan dengan Puan Sri Kirana yang enggan menerimanya sebagai menantu,Elisa-perempuan'plastik' yang tergedik-gedik memburu cinta Mr F,Nurina-bekas kekasih Mr F yang pulang semula ke Malaysia untuk menagih kembali cinta Mr F dan si petualang yang mengharu-birukan hidupnya.
Apakah perisai Noorul untuk menghadapi pancaroba ini?
'Kuali'?'Sudip'?


Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

5 comments:

nazayiena berkata...

Menarik juga kisah cerita maid nie......agak2nya diorg kahwin ke?

Kakzakie Purvit berkata...

Wah... macam best juga bila org biasa-biasa bertemu org 'besar-besar' mesti ada kisahnya...

ERYZA berkata...

Salam perkenalan & follow....
Sinopsis yang menarik. kena beli novel ni:)

outbound dibatu berkata...

kunjungan gan .,.
saat kau kehilangan arah ingatlah masih ada yang menolong mu
dan tetap berdoa mengharap untuk menemukan jalanmu.,.
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.

Unknown berkata...

dah ada buku ni tp tgg giliran untuk dibaca....hihi

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute