Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ni sis nak review novel Penjara Rindu.Novel Penjara Rindu ni diterbitkan oleh kaki novel....sis rasa setiap novel yang diterbitkan oleh kaki novel memang tidak menghampakan.
Penjara Rindu adalah buah tangan pertama Nia Arissa atau nama sebenarnya Umi Sara.
Apa pun saya rasa novel ni memang best...tak rugi beli.
Biarlah aku bebas menyintaimu kerana rinduku tidak sanggup terpenjara lagi....
Judul-PENJARA Rindu
Pengarang-Nia Arissa
Penerbit-Kaki Novel
Halaman-644
Semenanjung : RM21
Sabah/Sarawak : RM24
Kehadiran Farisya Hani di dalam hidup Haziq Denial hanyalah sekadar penyelamat kepada maruah keluarga lelaki itu . Atas dasar itu, perhubungan mereka tidak berjalan dengan lancar.
Dengan kejadian beberapa insiden yang tidak disengajakan, bibit-bibit cinta mula berkembang mekar bak bunga di pagi hari. Dalam tak sedar, masing-masing sudah saling jatuh cinta.
Namun langit tidak selalunya cerah. Kebahagiaan yang diharapkan berkekalan terlerai sudah di pertengahan jalan. Kehadiran bekas kekasih Farisya Hani telah mengundang konflik yang ditunggu-tunggu oleh pihak ketiga yang sentiasa mencari peluang untuk mendekati Haziq Denial.
Masih adakah peluang kedua untuk mereka?Atau...adakah rindu mereka akan terpenjara buat selama-lamanya.
5 comments:
kak mmg sk bc novel ek.. byk koleksi novel akak yer..
ingat sapalah yang masuk penjara tadi..
huhuhu
Lama sangat tak baca novel :( asyik beli magazine jek :)
dah lama saya x baca novel..huhu..teringin pulak sekali sekala nak baca novel
alamak penjara rindu ker..ni yg malas nk rindu2 ni nanti kene penjara..ehehe :p
Catat Ulasan