FOLLOWERS

Isnin, 29 Oktober 2012

KASIH YANG SUCI

Assalamualaikum semua.Terima kasih kerana sudi singgah di sini.
KASIH YANG SUCI adalah novel karya novelis Meen Zulaikha dan diterbitkan oleh karangkraf.  Nama penulis ini semakin di kenali apabila novel KASIH YANG SUCI ini telah di adaptasi kepada drama Nora Elena yang di tayangkan diTv3 pada tahun 2011.Novel KYS ni saya miliki gara-gara menonton drama Nora Elena. 
Novel ini telah diulang cetak ke-19 pada tahun 2012.... Tahniah Meen Zulaikha. 
Seputih harapan kudambakan memagari rindu yang membiru.
Judul:KASIH YANG SUCI
Penulis:Meen Zulaikha
Terbitan:Alaf21
Harga:Sem Malaysia:RM19.90
Sabah/Sarawak:RM22.90
Halaman: 559

Sinopsis novel:KASIH YANG SUCI

SEPULUH tahun yang lalu, kesucian Nora Elena dinodai. Andai masa boleh diulang kembali, pasti jiwanya tidak punah. Tapi dia sedar, takdir hidup tidak memihak kepada sesiapa. Saiful Idham, tunangnya pergi kerana tragedi ini. Tiba-tiba muncul Seth menawarkan diri utk menjadi suaminya. Nora Elena keliru...

Ternyata doa Seth dimakbulkan. Sepuluh tahun dia menjejaki gadis itu. Nora Elena, cinta yang bermula dari pandang pertama. Namun kenyataan tidak seindah impian. Hangatnya asmara Seth, namun hanya dia yang terbakar sendiri. Rasa cinta isterinya tidak dapat disentuh walaupun hakikatnya mereka berkongsi ranjang yang sama. Jiwa lelakinya merintih. Nora Elena bagai bayang-bayang yang tidak dapat dipegang.

"Hakikatnya, aku suami dan kamu isteri. Perkahwinan ini adalah simpulan mati. Hanya maut yang akan memisahkan kita berdua." tegas Seth.

Tapi mengapa Elena menjadi wanita asing dalam perkahwinan ini? Rahsia yang selama ini disimpan kemas akhirnya terbongkar. Sebenarnya... Sethlah lelaki durjana itu. Menodainya atas alasan kerana kasihnya yang suci! Benarkah?
Lelaki adalah nafas hidup dan wanita adalah nadi jiwa... saling memerlukan dan mencintai. Dan cinta itu maknanya saling memberi dan menerima.

Nora Elena akhirnya reda menerima Seth. Dia tidak akan menoleh lagi kerana lelaki itulah syurganya di akhirat nanti

Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

2 comments:

misz uzmy berkata...

oo mcm cite nora elena tu ekk..
(baru tahu)
Best2.. ^__^

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute