FOLLOWERS

Ahad, 4 Mac 2012

BIHUN TOMYAM

Bihun tomyam....dah banyak hari juga anak terunaku dok sebut nak makan benda ni.Kebetulan bahan2nya pun memang dah ada dalam peti ais.Sape2 yang suka makan bihun tomyam bolehlah cuba resepi ni.

BAHAN-BAHAN:-
500gm bihun-dicelur
15 ekor udang
200gm sotong/ayam-potong
10 biji cili padi-diketuk
200gm bawang besar-dihiris
200gm tomato-dihiris
50gm lengkuas-dihiris
3 batang serai-diketuk
5 sudu besar pes tomyam
3 biji limau nipis-ambil jus
200gm bunga kobis
200 gm lobak merah
daun limau purut-dikoyak.
Sedikit daun ketumbar
Air secukupnya
Garam secukup rasa.

CARA MEMASAK.
1-Didihkan air bersama pes tomyam dan lengkuas dan serai.
2-Masukan udang,sotong atau ayam.
3-selepas tu masukan cili padi,daun limau, jus limau dan didihkan.
4-Masukan semua sayur dan bawang besar.
5-Akhirnya masukan garam secukup rasa dan daun ketumbar.Apabila sudah masak bolehlah diangkat.
6-Bolehlah dimakan bersama bihun yang telah di celur.



Da Baca ? Sila Like N Komen Terima Kasih!!.

4 comments:

ankeljonni berkata...

hmmmm... aku tak reti masak.. tgn bangku... huhuhuhu..
mkn aku tau... kakakaka

nazrul berkata...

Alahai....sedapnya bihun tomyam.nak sikit sis.

abide berkman berkata...

Hmmmmm looks very delicious :)

 
This Blog is Protected. Copyright 2012 Norzie © Design By Cik Rose Cute