Buah melaka...sedap di makan ketika sarapan pagi atau time minum petang.Anak2 suka makan buah melaka ni sebab rasanya yang manis dan bila kita buat warna-warni macam ni lagi la menarik minat mereka untuk makan. Jom kita berkongsi resepinya.
Buah melaka.
Bahan-bahan.
Tepung pulut.
Esen pandan
Air secukupnya.
Gula melaka di potong kecil2.
Sedikit garam
Pewarna.
Kelapa parut campur sedikit garam.
Cara membuatnya.
1-Masukkan tepung pulut kedalam mangkuk.
2-Campurkan esen pandan,garam,pewarna dan gaulkan dengan air sehingga menjadi doh.
3-Ambil sedikit adunan dan leperkan
4-Masukkan gula melaka di tengahnya dan buatlah bentuk bebola kecil.
5-Didihkan air di dalam periuk dan masukan bebola yang telah siap tadi.
6-Biar sampai bebola tersebut timbul dan bolehlah di angkat.
7-Toskan dan salut buah melaka ini dengan kelapa parut.
3 comments:
cantiknyer kuih buah melaka neh..warna warni..rajin norzie..
wah...sy suke makan kuih ni...
tlg buatkan boleh?hehe
this is one of my favourite kuih. :) onde-onde memang sedap dimakan at tea-time, in the evening..
Catat Ulasan