Novel ini menduduki no 1 Carta Bestseller POPULAR, 2 Minggu Berturut-turut. Novel ini juga berjaya menarik rancangan nasi lemak kopi O dalam segmen SINOPSIS.
Antara koleksi novel saya...memang tak rugi beli dan naskah terbaik yang pernah saya baca.Rasanya inilah pertama kali saya baca novel yang sangat tebal....jalan ceritanya sangat menginsafkan saya.Dengan kasih sayang Allah tiada yang mustahil.Kepada peminat2 novel jangan lepaskan peluang membaca novel ini... Tahniah3 untuk penulisnya Melur Jelita.
M/S 293
"Kenapa soalan AWAK SUKA SAYA TAK?Kenapa tidak DO YOU LOVE ME or I LOVE YOU?"
"Hmmm...saya malu.Saya malu nak sebut perkataan itu.AWAK SUKA SAYA TAK?Lebih sopan...lebih manis...untuk kita yang belum ada apa-apa ikatan.Cinta bagi saya hanya untuk orang yang sah dan halal iaitu isteri saya.Saya nak halalkan dulu perhubungan kita,baru saya cakap I love you".
Judul : Awak Suka Saya Tak?
Penulis : Melur Jelita
Penerbit : KaryaSeni
Halaman:1056
Semenanjung : RM35
Kisah kasih sayang
di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.
Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.
Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…
" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…" Hilman Yong
" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." Damien Yong
" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." Intan Zulaikha.
4 comments:
best3. dah baca. tebal sangat2 hehe.. tapi berbaloiiii !!! teringin ada kawan macam hilman >,<
dah lama tak bca novel
Salam kenal. Datang dari web Melur Jelita. ASST menggali cinta dalam hati berlandaskan Islam. Jatuh hati sangat dengan cinta mereka berdua.
dah jatuh cinta dgn ASST N ILUS..saya baca utk kali yg kedua..harap2 ada nest novel dr melur jelita.
Catat Ulasan