Assalamualaikum kepada semua rakan2 yang sudi singgah di sini.
Inilah juadah minum petang kami hari ni. Roti manis yang saya uli secara manual tengahari tadi.Percubaan pertama bikin roti sendiri.Anak saya cakap sedap macam kat kedai(kembang semangkuk kena puji hahaha).
Saja saya masukkan pewarna hijau biar dia menarik sikit.Kalau isi jus pandan lagi sedap dan wangi.
Kalau nak cuba boleh ikut resepi di bawah.
Bahan-bahannya.
300 gm tepung roti
50 gm tepung gandum
2 sb susu tepung
5 sb gula
1/2 st garam
1 biji telur dipukul sedikit
2 sb mentega
180 ml air suam
2 st yis
1 st bread improver
1 st bread softner
1 sb shortening
Setitik pewarna hijau
1 st esen Pandan/Jus pandan
Sedikit gula utk ditaburkan diatas doh.
Bahan untuk glis di atas roti sedikit air dan margerin
Cara membuatnya:-
1-Masukkan semua bahan dlm bekas adunan dan uli hingga lembut dan tidak melekat pada tangan .Kemudian biarkan doh naik dua kali ganda.
2-Selepas itu, tumbuk doh utk keluarkan angin, uli dlm dua tiga minit dan bahagi doh pada 14 bahagian. biarkan seketika lebih kurang 8 hingga 15 minit.
3-Semburkan air dipermukaan doh dgn spray dan tabur sedikit gula diatas doh.
4-Bakar pada suhu 180 darjah selama 20 minit.
5-Angkat spray sedikit air diatas roti dan glis dengan marjerin atau mentega.Roti ni akan lembut je sentiasa.
6- Roti ni sesuai dihidangkan ketika sarapan pagi atau minum petang.
13 comments:
wah3. nak2 :)
wah.. sedap.. lama x makan roti panas2.. dulu mak sy pun slalu buat roti macam tu.. laju je makan pnas2..
Like Like very much.
senang sangat buatnyer...
memang patut kena puji pun..nampak dah sedap...
waaa... cam sedap je ni.. nak buat xreti.. hehe
mcm yg kat kedai... huhuhu
sebijik mcm kat kedai punya..cayalah kak..
nampak cantik ,maczm kat kedai..mesti sedap ni..b
PNH GAK BUAT SEKALI.. MMG SEDAP... SERONOK GAK BILA DPT PUJIAN DR ANKKAN.. :-)
pandai la norzie masak
seronoknya bila menjadi :)
kunjungan gan.,.
bagi" motivasi.,.
Seorang pesimis melihat kesulitan dalam setiap kesempatan,
orang optimis melihat kesempatan dalam setiap kesulitan.,
di tunggu kunjungan balik.na gan.,.,
nampak gebus je..:)
Catat Ulasan